10 Sebab Aku Menggunakan Internet

Aku pernah terfikir, apa akan jadi kalau dunia ini tanpa internet dan teknologi? Adakah manusia akan kembali berinteraksi melalui surat dan berdagang melalui kapal? Cuba korang bayangkan jauh-jauh dan cuba listkan apa akan jadi kalau internet/teknologi sudah tiada? Susah juga kan bila berada di zaman siber ini. Semua itu sudah dianggap keperluan dalam hidup kita. Kalau tiada internet blog ini mungkin tidak wujud dan korang pun tak akan ada kat depan PC dan membaca entri aku yang panjang ini. :)

Ok, entri kali ini adalah berkaitan dengan peraduan yang dianjurkan oleh atok di Empayar Rom Poyos. Di mana tajuknya ialah 10 sebab mengapa aku menggunakan internet:

So setelah memerah otak dan memerah keringat, berikut aku listkan 10 sebab mengapa aku menggunakan internet

1) Sumber Bahan Ilmiah dan Rujukan
Semua orang tahu, internet adalah perpustakaan dunia. Carilah apa sahaja maklumat di internet, maka korang akan menjumpainya. Sebab itulah aku suka menggunakan internet. Ilmu-ilmu berguna banyak terdapat di internet. Aku suka mencari tutorial-tutorial yang berguna seperti photoshop,html coding,php dan seantero dengannya. Tak lupa juga bahan-bahan agama yang menjadi rujukan. Blog ini wujud pun atas pencarian aku kat internet. Cara nak install blog. Cara nak install plugin. Cara nak letak coding. Cara nak buat banner..banyak lagilah..aku percaya korang pun sama kan? Sape ada bantahan yang internet ni bukan sumber ilmiah dan rujukan? Sila angkat tangan \(*O*)/ ngee..ngee..

2) Download
Antara sebab aku menggunakan internet adalah untuk download. Download apa? Macam-macam ada..Download movie, anime, download lagu, download manga, download software, download e-book dan download semua benda yang boleh didownload..hehe. Sebab itu aku letak ‘Download’ sahaja. kalau nak list semua, confirm dah cukup 10 sebab. Ada ke orang yang tak pernah download apa-apa kalau guna internet ni? Aku jamin 100% tiada! Betapa konfidennya aku.. :sure: wahaha..betul tak? Tak betul? Itu maknanya korang tak guna internet.. :gene:

3) Perbankan Online
Bila dah berkerja dan berumahtangga ni macam-macam nak kena bayar. So bila ada perbankan online ni mudah sikit kerja aku nak bayar bil. Tak perlulah nak beratur kat pejabat pos macam dulo-dulo..Nak kena bayar bil elektrik la, bil astro la, bil air la, hutang kad kredit la, macam-macam lagilah. Kadang-kadang nak topup pun pakai online banking jer.. tak perlu nak ke 7E beli topup atau kedai2 tepon untuk beli topup. Nak transfer duit pun mudah. Tak perlu nak ke mesin cash deposit atau kaunter lagi.

4) Baca Email
Kalau buka je internet, pertama sekali yang aku buka dulu mesti email. kalau bukan yang pertama pun mesti yang kedua atau ketiga. Korang aku tak tahulah macam mana..Al-maklumlah nak tahu juga update-update terbaru dari kawan-kawan walaupun aku tahu ramai dah yang tak suka antar email. Pakai fesbuk lagi senang kot. Tapi aku ni kadang-kadang banyak subcribe newsletter. So nak tahu juga kalau ada apa-apa offer. Takpun nak check ada orang transfer duit ke tak (Antara sebab utama) Hehehe.. :)

5) Blogging
Yang ini tak perlu cakaplah..Adanya entri ini membuktikan aku ni seorang blogger yang suka tulis blog walaupun takdelah banyak sangat pun entri aku lagi. Sebenarnya blog ini baru berusia 8 bulan.Satu jangkamasa yang agak pendek. Masih baru jugalah katakan. Tengok semua orang ada blog, terasa juga nak berblog. kalau ikut sejarah, aku dah ada blog waktu tahun 2002 yang lalu..tapi pakai blogdrive..blogspot pun aku tak kenal lagi..tak serius pun tulis blog. Dan aku biarkan blog itu berkubur begitu sahaja sehinggalah terdetik untuk aku menulis blog ini. wah nostalgia..Kali ni pakai self hosted terus.hehe. Kalau aku serius waktu tu, aku rasa aku dah banyak buat duit pakai blog..keh..keh..keh. :pff:

6) Buat Duit
Antara sebab aku meggunakan internet adalah untuk cari duit dan buat duit. Gaji tak cukup beb..Cuba korang tengok nama blog aku apa? Rezqi.com atau bahasa melayunya rezeki..Ni aku buat supaya aku sentiasa murah rezeki dengan blog aku ni..Salah satu cara adalah melalui Iklan di blog..So sape-sape nak beriklan kat blog aku bolehlah klik kat SINI..promote sket.. Aku juga mula menceburkan diri dalam bidang Internet Marketing ni. Baru-baru ni aku jadi reseller kepada produk Hot iaitu Jana Wang Adsense di mana salah satu cabang untuk buat duit adalah melalui Google Adsense. Sesiapa yang berminat bolehlah lawati http://www.rahsia-jana-wang-adsense.com.

7) Berita Online
Aku jarang beli surat khabar dan kalau nak tahu berita aku akan membacanya secara online. Dunia dihujung jari orang kata. Klik aje dah tahu cerita apa yang berlaku kat dunia ini. Dunia tanpa sempadan. Nak baca surat khabar apa? Katakan saja.Berita Harian? Utusan Melayu? Harian Metro? Kosmo? Harakah? The Star? Semua boleh diperolehi melalui internet dan kita boleh membacanya tidak kira siang atau malam. Urusan sekarang semakin mudah.

8 ) Berforum
Kadang-kadang aku suka berforum untuk mencari networking dan kenalan baru. Kadang-kadang untuk promote website. Banyak forum-forum di Malaysia yang penggunanya sangat aktif seperti wangcyber.com, carigold.com, mesra.net dan sebagainya. Melalui forum juga kita boleh buat duit dengan promosi barang-barang kita tapi jangan jadi spammer sudah. Melalui forum juga aku banyak dapat input berkenaan dengan Internet Marketing dan aku banyak belajar dari forumer-forumer lain sebab setiap orang ada kepakaran masing-masing. Dan bila dikongsi dalam satu tempat yang dinamakan forum ilmu pengetahuan semakin meluas

9) Bersosial
Siapa tak kenal Muka buku atau dikenali sebagai fesbuk atau juga dikenali sebagai FaceBook. Semua orang kenal bukan? Siapa tak kenal burung biru yang berbunyi tweet..tweet..? Siapa tak kenal Angkasaku atau dikenali sebagai MySpace? Siapa tak kenal friendster? Aku rasa semua orang kenal..Inilah yang dinamakan sebagai laman sosial. Tempat manusia bersosial di alam maya. Dan aku juga salah seorang daripadanya. Aku jumpa balik kawan lama aku juga melalui benda alah inilah..Tengoklah dia punya power sampai boleh menemukan kawan lama.Dasat..dasat.. Siapa nak add aku kat Fesbuk dan twitter boleh add aku melalui link ini:
Fesbuk: http://www.facebook.com/meezwan?ref=profile
Twitter: http://www.twitter.com/meezwan

10) Shopping Online
Aku suka shopping online bila aku tak tahu nak cari kat mana benda yang aku nak tu..Contohnya buku..Pernah aku cari merata ceruk kedai buku yang ada kat Malaysia ni macam kat MPH, Popular, Kedai Tak Popular, Kinokuniya dan banyak lagi tapi tak jumpa jugak..buat abis duit je berjalan-jalan.Last-last aku cari kat internet then jumpa aku terus order.Cukup seminggu buku tu sampai..Kalau tahu begini punya senang awal-awal lagi aku dah beli online. Bagus juga beli online ni tapi kena berhati-hati..Sebab ramai juga penipu-penipu yang bermaharajalela kat luar sana. Kalau nak beli daripada orang perseorangan better COD (Cash On Delivery)

Itulah 10 sebab mengapa aku menggunakan internet. Kalau nak cerita panjang lagi. Nasib baiklah 10 je. Kalau 20 dah jadi buku plak. Jenuhlah korang nak membaca. Korang macam mana plak?






Masukkan Email Anda Untuk Menerima Update Terkini Setiap Hari:

Delivered by FeedBurner


Artikel Yang Berkaitan:


Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk – http://www.facebook.com/meezwan
2. My Twitter – http://twitter.com/meezwan
3. Fan Page Kelab Reseller – http://www.facebook.com/KelabReseller

Tawaran Hebat!
Video Tutorial OpenCart

This day in history...


Powered By RezqiDotCom

Filed Under: Santai

Tags:

RSSKomen (9)

Tinggalkan Balasan | Trackback URL

  1. nur215 says:

    dunia di hujung jari..
    tu la sebabnye mr meezwan ni asyik berkepit je ngan laptop dier..
    klu x pegang laptop sehari, x sah gamaknye..
    heeee..

    Current score: 0
  2. nur215 says:

    (@) :-X (e) \(O)

    Current score: 0
  3. aziz says:

    betut2..semua statement kat atas pada aku benar, tiada yang benar melainkan yang benar2 belaka. Cuma pada aku ada 11 bro, iaitu takder internet aku demam..kira internet ni mcm ubat lah..ada sekali pc problem aku punya ssh hati..smpi bini aku siap perli kalah hilang bini..wakakaka..sejak tu aku beli phone yg boleh akses internet so bila pc problem hanphone jadilah…wakaakak

    Current score: 0

    MEezwan Reply:

    @aziz, hoho dasat sungguh penangan internet ini..boleh jadi ketagih. Jaga2 nanti isteri jeles sebb pentingkan internet daripada dia (p)

    Current score: 0

    aziz Reply:

    @MEezwan, hehehe..mula2 dulu jeles habis asik merajuk jer dia bro..tp skrg dia dh lali..klu dlu dia tgk aku on internet dia dia dah tarik muncung tapi sekarang..dia tengok jer aku on internet dia pun tarik apa bro tahu? Tarik bantal..wakakaka..kalau tak tarik bantal tarik diri gi depan tengok tv..adoi..! kadang2 aku bersyukur dapat isteri yang memahami minat suami..tp kdg aku pikir kesian plk..nak buat camner inilah penangan internet..hanya org yg mengenalinya sahaja akan tahu bagaimana rasa bila sehari tidak bersama dan bersua muka.. :[

    Current score: 0

    MEezwan Reply:

    @aziz, Haha..lawak sungguh..nasib baik isteri memahami..aku pun kdg2 macam bro gak..tapi nasib baik dia pun faham..bukak internet ni nak buat duit..haha :D

    Current score: 0

    aziz Reply:

    @MEezwan, “kadang2?” bro? Ha..tu tanda bro tak hebat lagi tu..aku “mula2 dulu..” jer lepas tu sampai lani dia ok..@ faham..huhuhu! Apa pun mekasih kerana menyumbang artikel yang berjaya membuka mata para isteri yang setia dan terus sabar dengan peal suami seperti saya dan mungkin bro juga..! Pesanan pada si isteri diluar sana, klu dah tgk suami rupe itu awk pn jgnlah tgk saja buat jer perkara yang sama..biar suami lak jeles..!! Itu kalo akulah..klu bro mesti senyumnyer..income jadi double..tak gitu? Wakakaka.. :)
    Jangan marah..

    Current score: 0
  4. MEezwan says:

    income double mestilah suka..tapi dia tak reti buat benda2 gini..tengok jelah reti..nak buat blog pun tak reti..tapi better isteri jgn buat nanti tak makan nasik la plak kita..asik berkepit ngan laptop.masask pun tak nanti.hahaha

    Current score: 0

    aziz Reply:

    @MEezwan, hahaha..naya..tahu bro takut ek? Time tu baru yer..makan layan diri, pakai layan diri, tanggungjawab suami dan anak2 sendiri2.. :) adoi..sekarang baru aku ingat dan sedar bahawa ada baiknya wife aku tak tahu internet ni..memadailah dia tahu on pc tgk dvd..itupun risau sebenarnya..sebab tak jadi keje dia dibuatnya..bukan dia jer tak jadi kerja tapi aku sekali..mana taknya dipaksa teman dia tgk citer..adoi serabut ar.. (&)

    Current score: 0

Tinggalkan Pesanan




Jika anda ingin memaparkan gambar anda bersama dengan komen, sila dapatkan Gravatar.

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

wp