3 Cara Jana Idea Bagi Bisnes Menguntungkan
By MEezwan on Sep 01, 2009 with Comments 3
Semua perniagaan bermula dengan idea. Kemudian bila anda sudah berada di dalam perniagaan anda memerlukan idea untuk pemasaran,pengiklanan,penyelesaian masalah,pembangunan produk dan sebagainya. Perbezaan antara kejayaan dan kegagalan mungkin disebabkan hanya satu idea. Itu sahaja! Berikut adalah 3 cara untuk menjana idea bagi perniagaan yang menguntungkan
1. Sentiasa berhubung dengan usahawan boleh melahirkan banyak idea. Terdapat banyak sumber rujukan online dan offline untuk mereka yang ingin mendengar bualan usahawan,seminar,chat room,perbincangan,pertunjukan perniagaan dan sebagainya. Kongsilah pengalaman anda,bertanya soalan dan mengambil maklumat baru akan merangsangkan minda anda. Otak anda mula untuk mengumpulkan semua maklumat ini untuk mencipta idea bisnes yang menguntungkan.
2. Jika kamu bukan jenis orang yang suka berkomunikasi,cuba untuk membaca. Membaca juga boleh merangsangkan minda.Bacalah buku tentang bisnes,majalah,e-book,web site,jurnal,e-zines,surat khabar dan sebagainya. Otak anda anda akan menjana idea yang menguntungkan dengan menyerap dan menyusun kembali segala maklumat pada tahap yang minimum
3. Tidak ada masa untuk membaca?Anda boleh mendengar audio buku perniagaan,seminar dan kursus. Anda boleh mendengarnya ketika memandu,atau sedang membuat kerja rumah,berkerja di halaman rumah atau juga ketika bersenam. Juga biasakan diri anda untuk mendengar radio yang berkisarkan tentang bisnes. Ini akan menolong anda menjimatkan masa dan menjana idea bisnes yang menguntungkan pada masa yang sama.
Itulah sedikit tips ekstra yang akan menolong anda untuk memperbaiki strategi menjana idea. Ambil sedikit masa untuk memerah otak anda tentang maklumat yang anda dapat.Simpan buku kecil dan pen untuk merekodkan idea anda supaya anda tidak akan lupakannya.Semua perniagaan memerlukan idea bisnes menguntungkan untuk berada dalam persaingan dan kekal dalam dunia bisnes anda.
Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk – http://www.facebook.com/meezwan
2. My Twitter – http://twitter.com/meezwan
3. Fan Page Kelab Reseller – http://www.facebook.com/KelabReseller
Tawaran Hebat!
Video Tutorial OpenCart
This day in history...
Powered By RezqiDotCom
Filed Under: Bisnes Internet
Komen (3)
Tinggalkan Balasan | Trackback URL



















Ingin berkonsi satu cara yg mudah untk set-up bisnes internet kita sendiri, amat sesuai untuk newbie yang ingin menceburi bisnes internet .Produk dan laman akan diberi dan kita hanya perlu promosikan produk itu.
tq
MEezwan Reply:
January 30th, 2010 at 9:00 pm
XFAHAM LER..
Yamin Reply:
February 7th, 2010 at 7:34 am
slm
kite akan jual balik template website yg kite beli tu…
so yg bestnye kite hanye perlu beli skli tapi kite blh jual tanpa had sbb dh ade reseller right…