5 Cara Cari Produk Baru Untuk Dijual di Internet
By MEezwan on Sep 10, 2009 with Comments 4
Ramai pengguna di luar sana yang ingin menceburi bidang perniagaan internet tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk memulakannya. Ramai yang ingin menjual produk di internet tetapi tidak tahu caranya. Berikut saya kongsikan 5 cara bagaimana untuk mencari produk baru untuk dijual di Internet.
1. Joint venture
Hubungi pemilik perniagaan yang lain dan minta kebenaran mereka jika anda boleh menjual produk atau servis mereka. produk atau servis tersebut hendaklah bertepatan dengan target pelanggan anda.Anda juga boleh berurusan dengan pemilik produk atau servis untuk hanya memasarkannya sahaja, kemudian menerima komisyen dari jualan anda.
2. Program Affiliate
Jadi ahli kepada program affiliate. Anda hanya perlu berdaftar di laman web mereka dan mereka akan memberi anda satu link untuk melihat semua jualan anda. Setiap kali seseorang membeli atau klik dari link anda, anda akan diberi komisyen. Contoh program affiliate yang anda boleh daftar:
a) Kuasa Viral Facebook
b) Rahsia Click Bank
c) IM Renegades
d) Pakej Video Youtube
e) Klik Jer Lubuk Duit Internet
f) Jom Berhenti Merokok
Dan banyak lagi. Apa yang perlu anda lakukan cuma klik pada butang affiliate dan daftar.
3. Wholesaler (Pemborong)
Anda boleh membeli produk pada diskaun yang tinggi daripada wholesaler. Hanya memesan dari wholesaler yang menjadi pilihan anda. Bila anda menerima produk nilaikan harga produk tersebut dengan nilaian anda sendiri.Jangan letakkan harga terlampau rendah atau terlampau tinggi. Contoh Wholesaler: PLR Wholesaler
4. Hak mencetak semula/duplikasi
Sesetengah perniagaan menawarkan anda untuk membeli lesen mencetak semula atau duplikasikan produk mereka. Anda membayar untuk lesen itu, kemudian anda boleh menghasilkan semula produk tersebut dan simpan semua keuntungan anda tanpa berkongsi dengan orang lain. Namun syarat setiap perniagaan mungkin berbeza antara satu sama lain.
5. DropShipping
Dropshipping adalah kaedah penghantaran produk di mana peniaga menerima tempahan daripda pelanggan, akan tetapi pelanggan terbabit akan menerima barang yang dipesan terus daripada pembekal(dropshippers).Anda boleh mendaftar kepada program dropshipper daripada perniagaan lain atau wholesaler. Apabila seseorang memesan sesuatu produk, anda boleh menyimpan keuntungan dari jualan tersebut kemudian hantar pesanan tersebut kepada drop shipper. Drop shipper kemudian akan menghantar produk tersebut kepada pelanggan anda.
p/s: Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang dropshipping jika anda membeli ebook dari RahsiaSifu.com
Itulah 5 cara untuk anda mencari produk baru untuk dijual. Terpulang kepada anda untuk memilih cara yang sesuai. Yang penting kelima-lima cara ini bakal menambahkan pendapatan anda jika anda bersungguh-sungguh untuk mencari wang sampingan.
Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk
2. My Twitter
Wajib Tengok!
1. Dengan RM10 Dapat Pulangan 20 Kali Ganda
2. Blog Contest: Menangi 2 Buah Laptop Acer Aspire One!
3. Kamus Istilah IM-BM Percuma & Dapat RM 0.30 Setiap Download
Filed Under: Bisnes Internet
You might also like
| WangCyber – Komuniti Usahawan Internet Malaysia Review wangcyber.com Sempena Ulangtahun ke-4 wangcyber! Wangcyber merupakan satu web komuniti yang sangat... | Cara Clearkan Cookies Cara Clearkan Cookies Pada Firefox 3.6, Internet Explorer 7.0/8.0 dan Google Chrome A) Pengguna... | 8 Faedah Menolong Newbie :) 8 Faedah Menolong Newbie Dalam Perniagaan Internet Adakah anda ingat pertama kali bila anda terlibat... | Pemasaran Internet Menerusi Program Affiliate Salah satu cara untuk meningkatkan hasil jualan produk anda adalah dengan melakukan aktiviti pemasaran... |
Komen (4)
Tinggalkan Balasan | Trackback URL










































BB berminat dalam menjadi Wholesaler..
ingat lepas abis skolah ni nk import pakaian dari luar negara lepastu borong kepada IM tempatan.
[Reply]
Bagus juga idea tu..usahakan untuk jadikan ia realiti. :ciao:
[Reply]
waaaa…thanx for the info….bru phm konsep dropshipping tu camne…waaa. leh joint venture nty dgn BB camni…cam menarik jew…import clothes dari oversea….tapi tak mahal kew…lagi2 dgn cukai lg… 8)
[Reply]
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
[Reply]