5 Cara Mengumpul List Anda Sendiri!
By MEezwan on Aug 02, 2010 with Comments 7
Jika anda ingin memulakan perniagaan internet, tidak kiralah anda ingin menjadi seorang penulis e-book, jual melalui e-bay, menjual produk fizikal secara online, membuat website dan sebagainya, pelanggan adalah paling penting! Jadi bagaimana mahu mengumpul pelanggan atau list anda? Berikut saya listkan apa yang perlu ada untuk mengumpul list.
1. Sistem Autoresponder
Anda mesti mempunyai sistem autoresponder sendiri kerana autoresponder adalah sangat penting untuk mengumpul list. Jika anda pernah mendownload sebarang produk yang memerlukan anda untuk memasukkan nama & email seterusnya membuat pengesahan melalui email anda, itulah autoresponder! Autoresponder akan bertindak secara automatik apabila ada orang yang berminat mendapatkan sebarang produk yang ditawarkan. Email yang ingin dihantar kepada pelanggan juga boleh dijadualkan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Saya yakin semua internet marketer mesti ada sistem autorespondernya sendiri.
Jika anda baru hendak berjinak-jinak dengan autoresponder, maka carilah autoresponder yang harganya tidak membebankan anda. Saya cadangkan anda memilih autoresponder Trafficwave kerana ia murah dan antara autoresponder yang agak popular dikalangan newbie. Anda boleh lihat perbandingan harganya di sini http://www.trafficwave.net/members/meezwan/pricing.html
Anda juga boleh menggunakannya secara percuma selama 30 hari sepanjang tempoh percubaan. Cuba bermain-main dengan autoresponder dan bina list anda sendiri.
2. Halaman Opt-In atau Squeeze Page
Autoresponder tidak lengkap tanpa Squeeze Page. Ia adalah halaman mini yang boleh menempatkan kod autoresponder tadi. squeeze page tadi pula mestilah diisi dengan ayat-ayat yang boleh menarik minat pengunjung untuk memasukkan nama dan email mereka. Contoh squeeze page yang saya buat adalah seperti berikut http://rezqi.com/jana-wang-adsense. Saya juga ada meletakkan Squeeze Page ini pada halaman fan page FaceBook saya. Lihat di sini http://www.facebook.com/kelab-reseller. Banyak squeeze Page percuma boleh diperolehi melalui internet dan jika anda mahir website, anda juga boleh membuatnya sendiri. Namun begitu jika anda mempunyai blog sudah memadai untuk meletakkan kod autoresponder anda seperti yang saya buat di dalam blog ini.
3. Domain dan Hosting
Adalah lebih bagus jika anda mempunyai domain dan hosting berbayar untuk meletakkan squeeze page anda tadi. Jika anda mempunyai hosting, anda boleh meletakkan seberapa banyak squeeze page yang anda inginkan walaupun anda mempunyai hanya satu domain. Ini kerana anda hanya perlu subdomain sahaja untuk squeeze page anda. Lihat contoh berikut:
http://www.rezqi.com –> Ini adalah domain saya
http://www.rezqi.com/jana-wang-adsense –> Ini adalah subdomain
http://www.rezqi.com/10ActionScript –> Ini juga adalah subdomain
http://www.rezqi.com/panduanemel –> Juga adalah subdomain
Sudah nampak? jana-wang-adsense,10ActionScript dan panduanemel adalah subdomain kepada rezqi.com.
Kebanyakan hosting sekarang menyediakan unlimited subdomain maka anda boleh buat seberapa banyak minisite dan squeeze page di dalamnya.
4. Sikap Pantang Menyerah
Ini adalah satu sikap yang perlu ada pada setiap diri. Sikap pantang menyerah dan tidak putus asa harus dimiliki jika anda ingin berjaya. Cepat putus asa tidak akan membawa anda ke mana-mana malah merugikan anda kerana banyak masa dan tenaga anda hilang begitu sahaja tanpa sempat meperolehi pulangannya.
5. Promosi! Promosi! Promosi!
Ya anda perlu promosi squeeze page anda! promosilah di mana sahaja sama ada facebook, forum, laman sosial dan sebagainya supaya squeeze page anda tersebar dengan meluas di kalangan pengguna-pengguna internet. Dengan itu anda akan memperolehi list anda sendiri dan mula mempromosi kepada list anda!
P.S. Rebat 100% untuk bulan pertama bagi mereka yang berminat untuk memiliki autoresponder Trafficwave. Sila hubungi saya
Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk – http://www.facebook.com/meezwan
2. My Twitter – http://twitter.com/meezwan
3. Fan Page Kelab Reseller – http://www.facebook.com/KelabReseller
Tawaran Hebat!
Video Tutorial OpenCart
This day in history...
Powered By RezqiDotCom
Filed Under: Bisnes Internet
Komen (7)
Tinggalkan Balasan | Trackback URL




















kalau nak lagi pantas buat PPL..bg la 20sen/lead..lepas tu JV ngan IM2 terkenal..memang berdesup la list penuh..huhu \(O)
Sufi Tshirt Printing“s last [type] ..Kelantan Juara Piala Malaysia 2010!
Rebat 100% untuk bulan pertama bagi mereka yang berminat untuk memiliki autoresponder Trafficwave. Sila hubungi saya
saya ingin berjinak2 dengan perniagaan internet. bagaimana cara saya ingin dapatkan autoresponder trafficwave yang tuan tawarkan.
saya masih belum mempunyai website. dan tidak tahu bagaimana ingin bermula.
harap tuan boleh beri tunjuk ajar
MEezwan Reply:
December 29th, 2010 at 6:57 pm
@syaiful,
syaiful perlu tahu apa fungsi autoresponder trafficwave ini terlebih dahulu..jangan terus membeli tanpa ada pengetahuan..saya cadangkan syaiful buat blog terlebih dahulu untuk bermula atau syaiful boleh belajar perniagaan internet di sini http://www.wangcyber.com/forum. ia adalah forum berkaitan dengan perniagaan internet dan banyak ilmu yang boleh didapati di sana.. berkaitan dengan trafficwave tu, saya hanya bagi percuma untuk bulan pertama sahaja dan bulan seterusnya syaiful kena bayar sendiri..
Untuk buat perniagaan internet kena buat survey dulu atau tanya pada senior-senior yg dah lama dlm bidang ini dan kena baca BUKU utk tambah lagi pengetahuan. Lps bila dah yakin baru boleh mula.
Secara umum bila nak mula perniaaagn internet kena ada:
1. Nak jual apa?/Jenis perniagaan
2. website/blog/landing page dll…. kena daftar domain dan webhosting
3. ada produk -samada org punya atau diri sendiri
4. promosi/marketing -termasuk email marketing, forum, blogging, fb, twitter dll.
5.kos
Semuanya melibat kos, dan yang penting ada software yg dpt memudahkan kerja.
Autoresponder adalah satu kaedah marketing dengan menghantar email kepada prospek secara automatik (telah setting)untuk mempromosikan produk atau newsletter.
http://www.jutawamdirumah.com
Terima kasih atas perkongsian informasi yang berguna ini.
Mohon dari Admin, untuk berkongsi maklumat ini
MEezwan Reply:
January 20th, 2011 at 3:07 am
Ok silakan..jangan lupa letak kredit to rezqi.com
hai sume…dgr cite kn trafficwave best gak blh dpt trafik byk…mgkn la sb xpnah cuba lg pon (e)