8 Cara Untuk Membolehkan Website Anda Selalu Dilawati
By MEezwan on Nov 23, 2009 with Comments 11
1. Poll/Undian
Buat satu poll yang interaktif di website anda. Suruh pengunjung membuat undian kepada soalan anda.Benarkan mereka email undian dan pendapat mereka. Pelawat suka jika mereka diberi sesuatu yang menarik. Mereka juga suka untuk mengetahui keputusannya pada hari yang berikutnya atau minggu selepasnya di website anda.
2. Pertandingan
Buat satu pertandingan di website anda. Hadiah pula mestilah sesuatu yang boleh menarik minat mereka atau sesuatu yang berharga bagi mereka. Kebanyakan pengunjung yang memasuki pertandingan ini akan kembali melawat untuk mengetahui keputusannya.
3. Kandungan Web Yang Asli
Berikan pengunjung anda kandungan web yang asli dan segar yang tidak ada pada website yang lain. Saya tidak mengatakan yang isinya perlu 100% original, tetapi sebahagian daripada isi kandungannya haruslah mempunyai info yang original. Pengunjung selalunya akan membaca maklumat yang berguna yang mereka tidak pernah membacanya sebelum ini.
4.Kuiz
Berikan pelawat anda satu kuiz atau soalan remeh temeh tapi bersiri. Post jawapan yang betul setiap minggu di website anda. Mereka yang menyertai akan kembali ke website anda untuk melihat jawapan mereka sama ada betul atau tak.
5.Berita
Bekalkan berita terbaru yang berkaitan dengan topik website anda. Manusia suka sesuatu yang baru dan terkini. Jika anda boleh menjadikan website anda sumber utama mereka, sudah tentu website anda akan dilawati setiap minggu.
6.Jenaka/humor
Berikan pengunjung anda sedikit humor dan jenaka. Jangan terlalu serius.Beritahu mereka satu jenaka.Jika mereka suka, mereka akan kembali lagi
7.Barang Percuma
Manusia suka barang percuma. Senaraikan benda percuma di website anda. Ia boleh jadi software,servis,contoh produk,ebook dan sebagainya. Barang percuma mestilah yang berkaitan dengan topik anda. Selalu berikan barang percuma dan anda akan dapat pengunjung setia.
8.Direktori
Beritahu pelanggan anda tentang website lain yang berkaitan dengan topik anda. Website itu pula seharusnya menarik dan berguna.Jadikan website anda seperti web direktori dan mereka akan kembali lagi ke website anda.
P.S. Saya pun belum guna sepenuhnya cara ni lagi, tapi tahu cara ni memang berkesan. Tunggu peluang untuk gunakan kesemua cara di atas.
Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk – http://www.facebook.com/meezwan
2. My Twitter – http://twitter.com/meezwan
3. Fan Page Kelab Reseller – http://www.facebook.com/KelabReseller
Tawaran Hebat!
Video Tutorial OpenCart
This day in history...
Powered By RezqiDotCom
Filed Under: Bisnes Internet • Tips Dan Teknik
Komen (11)
Tinggalkan Balasan | Trackback URL


















thanks di atas perkongsian…masih banyak cara belum sy guna ni..hhuhu
Aminjohar Reply:
December 9th, 2009 at 3:20 pm
Samalah bludianthus. Boleh dikata semuanya AJ tak buat lagi..
Coz AJ dok suka main SEO aja dan banyak masa perabis kat SEO. Pasni nak buat blog y banyak mengikut niche unique dahulu.
sama-sama bluedianthus..
owh, patutlah ramai buat contest2 ni..hehe
Tuk tambah traffik rupenyer..
Aminjohar Reply:
December 9th, 2009 at 3:22 pm
Aah, memang ramai buat contest 2.. AJ x wat lagi x ada budget/modal coz pendapatan lum stabil lagi.
Status Terdesak dan mendesak lagi hehehe
MEezwan Reply:
December 9th, 2009 at 4:03 pm
samalah kita AJ..hehe..nak bayar orang ni kena ada duit jugak..Aj xbuat contest tapi banyak masuk contest..nanti dapat (G) duit bolehlah buat contest plak :-P
perkongsian yang menarik
Banyak lagi cara tak guna nih
Cam AJ jgak. duk main SEO je,
cara lain nak kena guna jgak la
MEezwan Reply:
December 27th, 2009 at 3:22 pm
Semua main SEO jer..ajarlah sikit nanti pasal SEO..hehe
diaien Reply:
December 27th, 2009 at 4:47 pm
ceh… kura-kura naik perahu plak…
aku pun ada buat jugak ni tengokla kat blog..antivirus vs virus…hadiahnya tak seberapa lesen karpersky untuk satu tahun
.-= SaudagarM“s last blog ..Berehat sekejap =-.
MEezwan Reply:
December 31st, 2009 at 12:12 am
Ye ke?bro kena promote lebih ni..sapa nak lesen kaspersky jom pakat ke blog saudagarM (Y)