8 Faedah Menolong Newbie :)
By MEezwan on Nov 25, 2009 with Comments 10
8 Faedah Menolong Newbie Dalam Perniagaan Internet
Adakah anda ingat pertama kali bila anda terlibat dalam dunia perniagaan internet ini? Sudah semestinya anda mempunyai banyak persoalan dan masalah sepanjang melibatkan diri. Bukankah lebih senang jika ada orang yang menolong? Apabila seorang ‘newbie’ meminta tolong, beri mereka pendidikan. Jawab soalan mereka dan bantu atasi masalah mereka dalam perniagaan online. Jika anda juga buntu untuk membantu mereka beri mereka rujukan yang sesuai untuk mereka bertanya.
Anda akan memperolehi banyak faedah jika menolong seseorang yang baru dalam perniagaan internet ini. Di bawah saya senaraikan 8 faedah yang mungkin anda dapat bila menolong seorang yang masih baru atau ‘newbie’:
1. Anda akan berasa lega dan seronok bila mengetahui yang anda menjadi sebahagian daripada mereka dalam membantu membina perniagaan mereka. Anda boleh duduk dan berkata “Saya telah menjadi sebahagian daripada kejayaan mereka”. Perlu diingat bahawa mungkin hari ini mereka seorang newbie tapi satu hari nanti mereka boleh menjadi lebih hebat daripada anda!
2. Mereka boleh menjadi salah satu sahabat baik anda. Kebanyakan orang senang mendapat kawan baru, walaupun dia seorang pemilik perniagaan. Mungkin satu hari anda akan menjadi ‘bisnes partner’ dan mencipta satu perniagaan baru bersama.
3. Anda juga boleh menjadi rakan perniagaan mereka pada masa hadapan. Anda boleh JV dan buat tawaran @ promosi antara satu sama lain.
4. Mereka boleh menolong anda dengan perniagaan anda.Mungkin mereka boleh memberi anda testimoni atau pengakuan untuk produk atau servis anda
5. Anda mungkin memperolehi ‘referral’ yang berharga daripada mereka. Mereka juga mungkin menyertai program affiliate anda dan buat jualan untuk perniagaan anda.
6. Mereka juga mungkin menawarkan ruang pengiklanan percuma untuk anda di website atas pertolongan anda. Anda juga boleh saling bertukar iklan dengan mereka.
7. Anda berdua boleh membangunkan produk baru dan servis bersama. Produk atau Servis itu boleh jadi gabungan produk atau servis yang ada sekarang.
8. Mereka mungkin akan membeli produk yang anda jual dan menjadi pelanggan setia. Anda boleh jual kepada mereka banyak produk back end atau servis di masa hadapan.
Mungkin banyak lagi faedah yang anda akan dapat apabila anda menolong mereka yang baru lagi dalam perniagaan internet ini. Selalulah ingat untuk menolong mereka kerana ia bukan sekadar perbuatan yang baik malah ia juga akan menolong perniagaan anda di masa hadapan.
P.s. Saya juga seorang newbie
Masih tengah mencari selok belok perniagaan internet.
Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk – http://www.facebook.com/meezwan
2. My Twitter – http://twitter.com/meezwan
3. Fan Page Kelab Reseller – http://www.facebook.com/KelabReseller
Tawaran Hebat!
Video Tutorial OpenCart
This day in history...
Powered By RezqiDotCom
Filed Under: Bisnes Internet • Tips Dan Teknik
Komen (10)
Tinggalkan Balasan | Trackback URL


















huh..kesimpulannyer marilah kita tolog menolog…semua dapat faedahnyer
MEezwan Reply:
December 9th, 2009 at 5:49 pm
ye betul..sama-samalah kita tolong menolong..xkira apa statusnya
bro betul bro sy stuju sgt…sy masih sgt newbie..dan permasalahan sket bro tentang autoresponder..sy harap dpt bantu sy…sbb memang skunk ni sy bergerak sendri belajar sendri..tapi pentingnya rakan serta sahabat yg berminat dalam aliran yg sama…de gak berhajat nk JV dgn bro…hehe..autoresponder tu sy pakai easyautores produk beneard utk sementara waktu..nk blaja pakai percuma dlu..problem dia sy da wat sql database sume tu..tapi x dpt nk log in masuk…asek2 kuar error sql database failed something…mntk kerjasama bro camne nk buat… ;-(
MEezwan Reply:
December 22nd, 2009 at 6:36 pm
apa errornya?Saya boleh tolong tapi saya kena try & error dulu dengan script tu.Jimie boleh email saya di meezwan[at]gmail.com. gantikan [at] dengan @
diaien Reply:
December 26th, 2009 at 3:26 pm
@JIMIE: Salam bro. Ada bagusnya guna autores yang percuma. tapi.. lagi bagus kalu kita guna yang berbayar. sebab list yang kita kumpul lama-lama2 lagi besar. Kalu lain kali baru nak tukar ke yang berbayar, rugi bro. Alang-alang, gunakan yang berbayar terus. List yang dibina, lagi lama, lagi bernilai buat IM. Just my 2 cent
.-= diaien´s last blog ..Siapa sebenarnya Internet Marketer (IM) =-.
MEezwan Reply:
December 26th, 2009 at 4:25 pm
Betul apa yang dikatakan oleh diaien tuh..boleh bermula dengan yang berbayar..norabot paling murah betul tak bro?
Tapi kadang2 kekangan duit yang jadi masalah..tapi nak berjaya perlu ada risiko..cuma nak xnak jer dan perlu ada kekuatan dan keyakinan diri yang kuat untuk berjaya
p/s:Sebab Jimie dah beli, gunakan aje..
diaien Reply:
December 26th, 2009 at 4:31 pm
yap. gunakan aje.. rugi plak sebab dah beli kan??
.-= diaien´s last blog ..Siapa sebenarnya Internet Marketer (IM) =-.
Wah!!!. Inilah satu2 blog yg saya jumpa bincang nk bantu newbie. Sesetenagh yg dh expert kdg2 susah nk jawab bila ditanya. Tak tahu la kalau sibuk sangat
Tarik Trafik Cara Senang
MEezwan Reply:
December 7th, 2011 at 6:32 pm
@wan,
Terima kasih
Amalan mulia tolong menolong ni. Ada kita tahu, ada kita tak tahu. Sama-sama tolong. Win-win situation.
Zaini´s last [type] ..Spam Email Menurun, Web Malware Meningkat