Memartabatkan Tulisan Jawi

View PDF | Print View
by: meezwan Total views: 99 Word Count: 374 Date: Mon, 12 Oct 2009 Time: 12:23 PM 0 comments

Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

UKM melalui Fakulti Teknologi Sains & Maklumat telah memperkenalkan satu produk bermutu iaitu TERUJA atau singkatannya Transliteration Engine for Rumi to Jawi. Produk ini telah mendapat pingat Emas di Pameran Inovasi dan Teknologi (ITEX’09) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 15-17 Mei 2009 yang lalu. Dengan menggunakan web sebagai platform menjadikan produk ini senang diakses oleh setiap orang. Anda hanya memerlukan sambungan internet untuk membukanya. Produk ini berupaya untuk menterjemahkan setiap tulisan rumi kepada tulisan jawi. Ia juga berupaya menterjemahkan web anda ke dalam bahasa jawi dengan hanya memasukkan alamat web anda. Hebat bukan? Anda boleh terus ke http://www.ftsm.ukm.my/jawi/ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menggunkan produk ini. Anda pasti teruja!

About the Author

meezwan merupakan seorang bekas pelajar FTSM,UKM. Kini sedang berkhidmat dalam sektor perbankan Islam. Bergiat separuh masa dalam penulisan blog di http://rezqi.com




Rating: 5.0

Comments

No comments posted.

Add Comment