Akhirnya Dapat Juga Hadiah Buku dari PTS!
By MEezwan on May 11, 2010 with Comments 0
Minggu lepas, saya ada menerima sebuah buku PERCUMA dari PTS yang bertajuk 15 Teknik Efektif Internet Marketing oleh Fuad Latip. Memang sangat gembira. Maklumlah dapat buku percuma.hehe
Dulu saya ada menyertai satu peraduan PTS di mana saya hanya cuma perlu mengiklankan sahaja peraduan PTS dan setiap blog yang memaparkan iklan PTS akan diberikan buku percuma pilihan sendiri.
Saya tahu, sebenarnya ramai yang dah menerima hadiah buku percuma dari PTS ini cuma saya agak terlambat sikit kerana ini merupakan penghantaran kali ke-2. Ingat tak dapat dah..tapi Alhamdulillah syukur dapat juga akhirnya. Walaupun saya rasa bukan buku ini yang saya pilih dulu tapi saya tak kisah sebab ia juga berkaitan dengan internet marketing yang menjadi minat saya dari dahulu lagi. Kalau di pasaran semasa, harga buku ini adalah RM25 dan ia setebal 256 mukasurat.
Bila baca sepintas lalu buku ini, banyak juga maklumat yang saya belum terokai lagi dalam pemasaran internet ini. Saya harap dapat praktikkan apa sahaja maklumat yang terdapat dalam buku ini. Antara kandungan buku ini adalah:
Bab 1 : Pengenalan Pemasaran Menerusi Internet
Bab 2: Pemasaran Melalui Email Dan Pemasaran Sasaran Terus
Teknik 1: Mailing List
Teknik 2: Opt In
Teknik 3: Instant Subscriber
Teknik 4: Ezine (Electronic Magazine)
Teknik 5: Autoresponder
Teknik 6: Sig File
Teknik 7: Instant Messenger
Bab 3: Pemasaran Melalui Enjin Pencari
Teknik 8: Mencari Dan Menempatkan Kedudukan
Teknik 9: Optimasi Kedudukan
Teknik 10: Membina Rangkaian Luar (Link Building)
Bab 4: Pemasaran Viral
Teknik 11: Blog
Teknik 12: Ebook (Electronic Book)
Teknik 13: Affiliate
Teknik 14: Forum
Teknik 15: Rss
Bab 5: Khas Untuk Ahli Myorionet
Rujukan
Indeks
Apa buku yang anda dapat dari PTS?
Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk – http://www.facebook.com/meezwan
2. My Twitter – http://twitter.com/meezwan
3. Fan Page Kelab Reseller – http://www.facebook.com/KelabReseller
Tawaran Hebat!
Video Tutorial OpenCart
This day in history...
Powered By RezqiDotCom
Filed Under: Buku


















