Blogger dan WordPress.Apa kelebihannya?

BloggerMasa kini sudah tentu ramai yang sudah mengenali apa itu blog. Kemungkinan juga masih ramai lagi yang belum mengetahui apakah itu blog? Blog adalah nama singkatan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan web log. Kebiasaannya blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk umpamanya tentang politik semasa,berita tempatan,makanan,pelancongan,perniagaan dan sebagainya. Sesetengah blog juga berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian di mana mereka bebas untuk berkongsi blog mereka atau sebaliknya. Tidak hairanlah ramai pemimpin-pemipin dan artis-artis di seluruh dunia juga mempunyai blog peribadi mereka sendiri.

Blog yang tipikal menggabungkan teks,imej dan pautan ke dalam blog,laman web dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks. Namun ada juga sesetengahnya bertumpu pada gambar foto(blog foto), video (vlog),muzik(blog MP3) atau audio(podcasting).

Terdapat banyak web yang menawarkan untuk mencipta blog secara percuma di internet. Antara yang paling terkenal ialah Blogger dan WordPress. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang menarik. Namun terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Perbezaan yang ketara ialah theme. Kedua-duanya mempunyai theme yang menarik namun blogger lebih senang dari segi memasang theme yang percuma berbanding dengan wordpress. Bagi wordpress pula ia mempunyai theme yang lebih menarik berbanding theme blogger dan kadangkala pencipta theme blogger akan adaptasi theme wordpress ke blogger. Namun untuk memasang theme percuma wordpress, anda terlebih dahulu mestilah mempunyai hosting. Memang terdapat default theme pada wordpress namun ia tidaklah semenarik theme yang direka oleh pereka grafik. Sebagai contoh theme yang saya pakai sekarang adalah theme percuma wordpress.

Walau begitu terpulang kepada anda untuk memilih sama ada Blogger atau WordPress asalkan anda selesa dan berpuas hati dengannya. Untuk memasang blog anda bolehla pergi ke ‘Pakcik Google’ dan taip “cara membuat blog” atau seumpama dengannya. Pasti anda akan menjumpai beratus-ratus web yang mengajar tentang cara untuk membuat blog.

Bagi yang sudah mempunyai blog di sini saya letakkan link untuk download theme Blogger dan WordPress.

http://www.eblogtemplates.com/

http://blogger-templates.blogspot.com/

http://www.free-themes.org/

http://topwpthemes.com/

http://wordpressthemesbase.com/

http://wordpress2u.com/

Dan banyak lagi..






Masukkan Email Anda Untuk Menerima Update Terkini Setiap Hari:

Delivered by FeedBurner


Artikel Yang Berkaitan:


Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk – http://www.facebook.com/meezwan
2. My Twitter – http://twitter.com/meezwan
3. Fan Page Kelab Reseller – http://www.facebook.com/KelabReseller

Tawaran Hebat!
Video Tutorial OpenCart

This day in history...


Powered By RezqiDotCom

Filed Under: Blogger

Tags:

RSSKomen (6)

Tinggalkan Balasan | Trackback URL

  1. nasr says:

    tanya skit:
    1. kolo nk tkar theme wpress jika tk de hosting bleh ke?

    2. hosting dan domain murah kat aner ye nk dpt. tlong cdangkan. brpa harganya?

    3. cpanel tu ape yek

    4. responder dan mailing list adakah sama.

    Current score: 0

    MEezwan Reply:

    1. Untuk tukar theme kena ada wordpress self hosted. Kalau wordpress biasa tak boleh cuma dia dah sediakan theme yang biasa2 sahaja

    2. hosting & domain murah boleh dapatkan di sini http://jomhosting.net/billing/aff.php?aff=403

    3. CPanel tu control panel. tempat untuk kita uruskan atau kawal laman web kita. kat sinilah segala fail2 atau maklumat laman web akan dimasukkan. boleh search kat google “Apa itu CPanel”

    4.Autoresponder adalah sistem yang menguruskan mailing list kita

    Current score: 0
  2. aku says:

    salam , wordpress yg kite download free dr internet bole upoload free gak ke di internet ?

    maksudnya ,hosting free jer ? camner caranya tu ?

    Current score: 0

    MEezwan Reply:

    boleh jika nak pakai hosting free..tapi hosting free ni x secure. mungkin bila2 masa saja dia akan delete atau tutup akaun kita..Kalau setakat nak mencuba bleh aje..untuk buatnya ada langkah2 dia..cuba cari kat internet. banyak yang sediakan tutorial percuma macam mana cara nak upload ke hosting percuma.. :wink:

    Current score: 0
  3. aku says:

    oo begitu. bukan ape saya diminta oleh pengetua sekolah saya utk membuat website guna wordpress . so , bile sy kata belilah hosting . die ckp gunalah wordpress kan free aje.. (hostingnyer) sy tak berani nk ckp tp takut mcm encik ckp tulah tetiba dh cantik2 kite tetiba admin block. kan naya sy nanti.

    setakat nie mmg ade kes ke wordpress.com block yg guna hosting free die ? coz sblm nie dh terjadi bile sy create web guna ewebsite.com..tak smpi abis trial die dh block semua tanpa sempat back -up pon ;-(

    Current score: 0

    MEezwan Reply:

    Ooo kalau wordpress.com free jer..xpayah upload apa2..register jer..macam blogspot juga.. nanti nama blog akan ada wordpress kat belakang..contoh hxxp://aku.wordpress.com/ yang tu tak payah hosting.. yang kena upload tu hanya self hosted wordpress saja. macam blog saya ni pakai wordpress self hosted.Perlu ada hosting sendiri.. Untuk yang wordpress.com tak payah hosting..boleh sign up kat sini http://en.wordpress.com/signup/

    Current score: 0

Tinggalkan Pesanan




Jika anda ingin memaparkan gambar anda bersama dengan komen, sila dapatkan Gravatar.

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

SEO Powered By SEOPressor

Wordpress Seo Plugin