Geng Blogger Telah DiReview!!


Salam Dan Selamat Sejahtera buat pengunjung blog ini. Kepada yang baru menjejaki blog ini selamat datang diucapkan dan tahniah kerana korang baru menjumpai blog yang macam-macam ada..hehe

Hari ini aku ingin membuat satu review tentang satu komuniti ini dan hari ini review aku adalah dalam keadaan santai dan tidak formal. Sekali pandang komuniti ni macam blog kakak-kakak yang comel sebab ada ikon pompuan yang cute.Ingat perempuan sahaja yang join komuniti ini tapi jangkaan aku meleset sama sekali kerana rupa-rupanya semua boleh join daa..Komuniti ini dipanggil Geng Blogger. Komunti yang boleh disertai oleh sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur dan pangkat. Orang lama pun ada join juga..

Bersesuaian dengan namanya, komuniti ini adalah khusus untuk mereka-mereka yang mempunyai blog. kalau tak ada blog, tak boleh geng. Tapi tak tahulah kalau orang yang ada website pun boleh. aku mula mengenali Geng Blogger ini melalui satu blog yang aku sendiri pun tidak ingat blog yang mana satu kerana aku suka juga blogwalking ni. Aku terpandang kepada satu banner Geng Blogger yang boleh dikatakan menarik minat aku untuk klik kat banner tu. Sejurus memasuki Geng Blogger ini aku terus jatuh cinta untuk kali ke berapa pun aku tak ingat dah.Wajahnya yang putih bersih, ditambah lagi dengan make-upnya yang lawa-lawa, pakaiannya yang sejuk mata memandang,wajahnya yang ceria membuat aku terus..alamak apa aku melalut daa..membuat aku terus register..

Geng Blogger ini mempunyai ciri-ciri yang menarik dan ada kelas tersendiri yang tidak ada pada komuniti lain kerana ia begitu simple. Kalau korang mempunyai akaun facebook secara automatik korang boleh terus register kerana ia berintegrasi secara terus dengan laman sosial Facebook. Aku percaya rata-rata blogger mempunyai akaun Facebook kerana facebook satu-satunya cara untuk berhubung dengan rakan-rakan lain secara pantas dan mudah.

Antara ciri-ciri lain yang menarik adalah fungsi Ping blog. Yang ini paling aku suka kerana aku boleh ping blog aku setiap kali aku buat post baru termasuklah post yang sedang korang baca sekarang ini. Apabila korang menulis artikel baru di blog, secara automatik Geng Blogger akan mengesan post baru korang dan butang Ping Blog akan terpapar untuk membolehkan korang Ping blog korang. Ping? apa itu Ping?Apa kebenda Ping ni? Ping Pong ke? Ping itu adalah merujuk kepada usaha korang untuk memberitahu kepada orang lain bahawa blog korang mempunyai update terbaru. Sejurus korang ping, artikel baru korang akan terus dipaparkan secara terus pada Geng Blogger. Ini membolehkan geng-geng lain dapat membaca artikel korang dan secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah trafik ke blog korang. Ini salah satu sebab kenapa aku suka Geng Blogger.

Terdapat juga ruangan chat untuk membolehkan korang chat sampai lebam. Sape yang kaki chatting boleh singgah kat sini cari kenalan baru dan korang boleh berbual apa sahaja yang korang suka kecuali benda-benda yang tidak patut..Nanti kena ban baru padan muka.

Jika korang minat berforum, maka terdapat juga ruangan forum. Ia lebih kepada ciri-ciri perbincangan. Korang boleh bertanya, berkongsi idea dan pandangan serta pendapat di dalam forum tesebut. Manakala jika korang aktif melawat blog-blog dalam Geng Blogger, korang akan dinobatkan sebagai blogger hari ini. Kalau artikel korang paling banyak dilawati pula, nama korang akan berada di senarai paling top. Banyak lagilah sebenarnya..Apa kata korang sendiri yang pergi tengok? Tak perlulah aku letih-letih menulis..Jom Terjah!

Tajuk: Geng Blogger – Komuniti Blogger Anda
Alamat Web : http://www.gengblogger.com






Masukkan Email Anda Untuk Menerima Update Terkini Setiap Hari:

Delivered by FeedBurner


Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk
2. My Twitter

Wajib Tengok!
1. Dengan RM10 Dapat Pulangan 20 Kali Ganda
2. Blog Contest: Menangi 2 Buah Laptop Acer Aspire One!
3. Kamus Istilah IM-BM Percuma & Dapat RM 0.30 Setiap Download

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Blogosphere News
  • Faves
  • MisterWong
  • MySpace
  • Netvouz
  • PDF
  • Ping.fm
  • Propeller
  • Simpy
  • Slashdot
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

Filed Under: Forum Komuniti

Tags:

You might also like

Prihatinkah Anda? Mungkin anda sudah membacanya di blog yang lain, tapi mungkin juga anda terlepas pandang. Setiap blog...
Menggunakan Blog Website Percuma Untuk penulis blog yang baru berkecimpung dalam dunia blogging,menggunakan blog percuma adalah salah...
Salam Maal Hijrah 1431 RezqiDotCom mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431. Semoga tahun ini lebih bererti dari tahun-tahun...
Selamat Hari Raya Team RezqiDotCom mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin! Dapatkan Mesej Bergambar di Sini...

RSSKomen (9)

Tinggalkan Balasan | Trackback URL

  1. MEezwan says:

    Tinggalkan komen korang di sini tentang Geng Blogger :-)

    Current score: 0

    [Reply]

  2. Mr Kamikaze says:

    Tima Kasi bro, ats info yg bermanfaat nie..terutama utk new blogger mcm gua nie.. (Y)
    Mr Kamikaze´s last blog ..Markas Seks Bangla Di Melaka… My ComLuv Profile

    Current score: 0

    [Reply]

    MEezwan Reply:

    no prob..boleh reg n tingkatkan trafik..ramai blogger aktif kat sana

    Current score: 0

    [Reply]

  3. bluedianthus says:

    Hmm…macam best ni….okies…nak terjah dulu..:)
    bluedianthus´s last blog ..Realitikan Impian My ComLuv Profile

    Current score: 0

    [Reply]

    MEezwan Reply:

    Terjah..jangan tak terjah..jadilah geng! (H)

    Current score: 0

    [Reply]

    bluedianthus Reply:

    yup..dah jadi geng…:)
    bluedianthus´s last blog ..Realitikan Impian My ComLuv Profile

    Current score: 0

    [Reply]

    MEezwan Reply:

    wah laju bluedianthus..kalau ada referal dah dapat kredit ni..hehe

    Current score: 0

    [Reply]

  4. bluedianthus says:

    Hehe…nak tambah geng blogger..mesti cepat…
    bluedianthus´s last blog ..Realitikan Impian My ComLuv Profile

    Current score: 0

    [Reply]

  5. [...] punya feed tu. Ketinggalan betul aku kali ni, haha tapi takpe slow-slow kita menapak mengejar geng-geng blogger yang telah maju dihadapan tu. Mohon kalau ada silap dah salah minta dibantu dan dipimpin ke jalan [...]

    Current score: 0

Tinggalkan Pesanan




Jika anda ingin memaparkan gambar anda bersama dengan komen, sila dapatkan Gravatar.

CommentLuv Enabled
:) (@) (^) (o) (P) (p) :-S :S :-s :s ;-( (C) (c) (&) :-$ :$ (E) (e) (~) (K) (k) :-X :X :-x :x (I) (i) :[ (l) :D :-O \(O)

wordpress seo