Gravatar atau Avatar? Apa itu Gravatar?
By MEezwan on Oct 01, 2009 with Comments 6
Anda pernah dengar tentang Gravatar? Bunyi seakan-akan avatar bukan? Barangkali anda sudah lama mengetahui tentang avatar kerana avatar ini selalu digunakan di dalam Yahoo Messenger, GTalk, forum-forum, blog dan sebagainya dalam bentuk gambar atau ikon. Avatar ini selalu digunakan untuk mempamerkan diri anda di dunia internet dan sebagai medium untuk orang mengenali anda. Namun begitu satu masalah untuk menguruskan avatar ini adalah apabila anda menyertai banyak forum atau blog. Kenapa? Ini kerana anda perlu upload setiap avatar anda kepada setiap forum atau blog. Jika anda menyertai 10 forum, maka 10 kali juga anda perlu upload avatar anda.
Justeru, apa itu Gravatar?
Gravatar adalah singkatan kepada Globally Recognized Avatar. Gravatar adalah imej anda yang akan dipaparkan pada site-site yang anda lawati apabila anda meninggalkan komen pada blog. Gravatar ini juga menolong mengenalpasti post anda pada blog dan forum web. Gravatar ibarat satu pusat yang akan menguruskan imej avatar anda dengan hanya sekali upload. Jika anda meninggalkan komen-komen pada website yang sudah ada fungsi gravatar seperti website ini, maka avatar anda akan automatik terpapar.
Bagaimana Cara Memiliki Gravatar?
Caranya adalah anda perlu menjadi ahli kepada www.gravatar.com. Apa yang perlu anda buat ialah dengan memasukkan alamat email anda sahaja. Pihak Gravatar akan menghantar email pengesahan apabila anda menghantar email kepada mereka. Lagi bagus jika email yang anda masukkan itu ialah email yang anda guna untuk register kepada forum-forum yang anda sertai kerana Gravatar akan mengenalpasti alamat email anda untuk memaparkan imej avatar anda. Tambahan lagi Gravatar juga membolehkan anda untuk menambah email anda yang lain. Jika anda sudah mempunyai akaun WordPress anda boleh terus login menggunakan Id WordPress anda.
Setelah anda sign in, anda boleh memilih gambar yang akan dijadikan Gravatar. Anda boleh memilih gambar dari hard disk,URL tertentu atau dari webcam yang dipasang pada komputer anda sendiri. Setelah itu anda mesti memotong gambar anda berdasarkan saiz yang ditetapkan iaitu 80 X 80 piksel. Jangan bimbang kerana Gravatar sudah menyediakan fungsi ‘Crop’. Setelah itu anda mesti memberi rating kepada gravatar anda sama ada gravatar anda sesuai untuk semua website atau hanya sesuai untuk website ‘tertentu’ sahaja. Ia ibarat Lembaga Penapisan Filem yang memberi rating kepada filem-filem mengikut kesesuaian penonton :mrgreen:
rated G = Sesuai digunakan untuk semua website dan semua jenis penonton
rated PG = Mengandungi isyarat ‘kasar’,pakaian individu yang boleh mendatangkan kemarahan,Perkataan menyakitkan hati atau kekejaman halus.
rated R = Mengandungi sesuatu seperti kekasaran dalam melanggar kesucian agama,kekejaman,kebogelan atau menggunakan dadah
rated X = Mengandungi imej seksual yang keterlaluan atau kekejaman ekstrem yang boleh mengganggu.
Bagaimana Menggunakan Gravatar?
Setiap diri anda memberi komen pada blog atau website yang menampung fungsi Gravatar. Masukkan nama dan alamat emel anda sesuai dengan alamat emel yang digunakan untuk mendaftar Gravatar pada ruangan emel. Gravatar anda akan automatik terpapar bila anda postkan komen anda.
Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk – http://www.facebook.com/meezwan
2. My Twitter – http://twitter.com/meezwan
3. Fan Page Kelab Reseller – http://www.facebook.com/KelabReseller
Tawaran Hebat!
Video Tutorial OpenCart
This day in history...
Powered By RezqiDotCom
Filed Under: Wordpress
Komen (6)
Tinggalkan Balasan | Trackback URL


















Nampak tak gambar saya?itulah gravatar.Sekarang baru saya tahu kenapa WordPress memerlukan alamat emel untuk memberikan komen
menarik meezwan..aku dulu masa mula2 bkak blog tak tau pun gravatar ni..tp dh tgok org komen klua gmbar diorg aku pun cari la..haha
jeles siot tgok org komen kat blog kluar gambar..tp aku tak..wakaka
haha samalah..tertanya2 gak macam manalah diaorang buat boleh kuar gambar..pastu carilah kat google..baru tau rupanya pakai benda alah ni..
BB dah update gravatar
wah dah ada gravatar..hehe..
tengok filem AVATAR baru faham, pe dia Gravatar nie..hehe. best sesgt2 citer avatar tu. sape2 yg masih lum sempat tengok, g la tengok..x rugi..mmg best!