Isu Hangat! Satu Review Ikhlas

Hari ini saya ingin membuat satu review mengenai satu blog yang berkaitan dengan isu hangat. Kena dengan tajuknya, maka blog ini juga dinamakan sebagai isuhangat.net. Adakah blog ini hangat seperti yang diwar-warkan? Mari kita kenali blog ini.

Dahulu isuhangat.net ini hanyalah sebuah blog biasa yang menggunakan blogspot sebagai platformnya. Bermula dengan isuhangat.blogspot.com pada tahun 2007 kini isu hangat semakin ke hadapan. Semakin hari isuhangat.net mendapat tempat di hati pembaca. Selaras dengan pencapaiannya, maka isuhangat.net perlu beralih kepada satu platform yang lebih selamat iaitu dengan menggunakan domain sendiri dan berbayar iaitu .net. Pemilik blog ini  pula hanya selesa dikenali sebagai blalang.

Dengar sahaja tajuk blog ini, bermacam-macam fikiran yang menerjah di fikiran..Kebiasaan isu hangat ini hanya berkisarkan tentang artis-artis tanah air kita. Tetapi tidak bagi isuhangat.net. Ia merangkumi kesemua isu dari sekecil-kecil isu sehinggalah sebesar-besar isu. Termasuklah bab politik, agama, artis dan sebagainya. Tidak mustahillah isuhangat.net boleh mencecah sehingga 4000 pelawat setiap masa.

Pencapaian isuhangat.net juga boleh dibanggakan kerana isuhangat.net menduduki ranking ke 173 842 dalam ranking Alexa pada tarikh review ini ditulis. Manakala pada Google Page Rank (PR) pula isuhangat.net berjaya meletakkannya dalam kelompok PR 2. Ini menunjukkan isuhangat.net telah berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan ia mendapat tempat di hati pembaca dengan artikel-artikel yang merangkumi pelbagai genre dan kategori.

Tetapi ada sedikit kekurangan yang perlu dibaiki oleh isuhangat.net iaitu dari segi konsep warna yang digunakan. Blog isuhangat kelihatan agak suram dan gelap kerana warna latar belakang yang digunakan adalah warna hitam. Adalah lebih baik jika warna yang digunakan menimbulkan rasa ceria dan hangat seperti warna-warna cerah dan garang. Jika anda ingin membalas komen pada setiap pos, tulisannya seakan-akan tidak nampak kerana warna font dan latar belakang seakan-akan sama. Lihat pada gambar di bawah


Susunan iklan juga agak berserabut di mana banner-banner yang digunakan tidak sama saiznya. Adalah lebih baik jika banner-banner iklan disusun mengikut saiznya sendiri dan diletakkan secara seragam.

Namun begitu, semua itu masih boleh dibaiki dan ia cuma kes kecil. Pembaca-pembaca isuhangat.net tetap singgah di blog ini untuk mendapatkan isu-isu yang bakal diketengahkan oleh isuhangat.net. Semoga isuhangat.net terus berjaya dalam mencapai matlamatnya walau apa pun pandangan dan komen yang diberikan. Jika anda ingin mendapat isu-isu hangat setiap masa, blog ini adalah pilihan yang tepat untuk anda. Semoga berjaya!

Tajuk Blog: Isu Hangat
Alamat Blog: http://www.isuhangat.net

Sekian, Terima Kasih.

Oleh,
Mohd Eezwan a.k.a MEezwan






Masukkan Email Anda Untuk Menerima Update Terkini Setiap Hari:

Delivered by FeedBurner


Artikel Yang Berkaitan:


    Jangan Lupa Add!
    1. My Fesbuk – http://www.facebook.com/meezwan
    2. My Twitter – http://twitter.com/meezwan
    3. Fan Page Kelab Reseller – http://www.facebook.com/KelabReseller

    Tawaran Hebat!
    Video Tutorial OpenCart

    This day in history...


    Powered By RezqiDotCom

    Filed Under: Blog Malaysia

    Tags:

    RSSKomen (7)

    Tinggalkan Balasan | Trackback URL

    1. blalang says:

      tq

      Current score: 0
    2. kenwooi says:

      when’s my blog’s turn? haha..
      just joking.. nice review btw =)

      Current score: 0

      MEezwan Reply:

      thanks bro :wink:

      Current score: 0
    3. hehe, cam menarik gak review ko.. hoho, bleh mintak review blog aku skali? ngahahah…

      salam ziarah…
      .-= samanosuke_04´s last blog ..PascaSPM ingin menguasai ‘tudung’ dan ‘pencuci muka’! =-.

      Current score: 0

      MEezwan Reply:

      hehe..review ni untuk contest sebenarnya.. :grin:

      Current score: 0
    4. MEezwan says:

      Yes akhirnya menang! walaupun tempat ketiga :D

      Current score: 0

    Tinggalkan Pesanan




    Jika anda ingin memaparkan gambar anda bersama dengan komen, sila dapatkan Gravatar.

    CommentLuv badge
    :p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

    SEO Powered By SEOPressor

    Wordpress Seo Plugin