Kesulitan dan Kemudahan
By MEezwan on Oct 16, 2009 with Comments 5
Kalau Tuhan hendak menarik nikmatNya..
Bila-bila sahaja DIA boleh lakukan.
Kadang-kadang kita alpa sesudah Allah bagi kesenangan
Kadang-kadang bila senang jarang sekali kita mensyukuriNya
Di waktu masalah melanda..
Tidak malu pula kita menadah tangan memohon pertolonganNya
Tidak segan pula sujud menyungkur ke bumi
Tetapi ingatlah setiap apa yang berlaku itu UjianNya
Kadang-kadang ujian itu menggoncangkan Iman
Kadang-kadang ujian itu merobekkan hati
Kadang-kadang ujian itu mendamaikan jiwa
Sesungguhnya Setelah kesulitan itu pasti ada kemudahan
Tika itu rebutlah peluang yang ada
Syukuri nikmatNya, laksanakan aturanNya, buktikan ketaqwaan
Selagi diri bergelar HambaNYA..
Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk – http://www.facebook.com/meezwan
2. My Twitter – http://twitter.com/meezwan
3. Fan Page Kelab Reseller – http://www.facebook.com/KelabReseller
Tawaran Hebat!
Video Tutorial OpenCart
This day in history...
Powered By RezqiDotCom
Filed Under: Tazkirah
Komen (5)
Tinggalkan Balasan | Trackback URL


















Assalaamu’alaikum
Alhamdulillah, terima kasih atas tazkirah yang disampaikan dalam bentuk madah. Menarik.Ia begitu mengharukan saat kita mengingati diri bahawa hidup ini hanya sementara dan pinjaman sahaja. Kita hanya hamba yang diberi tumpang untuk melaksanakan tugasan sebagai bekal di hari kemudian.
Manusia dicipta adalah untuk menerima ujian Allah sesuai dengan pemberian akal yang dikurniakan kepadanya bagaimana dia mahu mencari jalan penyelesaian kepada ujian tersebut.
Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu ruang untuk kita bertaubat masih terbuka. Ingatlah bahawa Allah Maha Luas Ampunanya dan Maha Penerima Taubat jika kita sudah lari dari landasan kebenaran agama-Nya.
Salam mesra selalu.
.-= Siti Fatimah Ahmad´s last blog ..DR. ‘AIDH ABDULLAH AL-QARNI : HADIAH UNTUK SITI FATIMAH =-.
Waalaikumussalam,
Terima kasih kerana komen membina dari Ibu Fatimah. Sememangnya kita dicipta tidak lain dan tidak bukan untuk menyembahNya dan melaksanakan aturanNya. Dalam nak melaksanakan AturanNya, ujian dan dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk. Cuma kita sedari atau tidak sahaja.
salam..mohon keizinan nak copy-paste artikel2@posting2 di blog ini..menarik..saya nak share ngan org lain..kalau x boleh,x apa..tapi..hmm.nak jugak!!(ini satu paksaan)..terima kasih..
MEezwan Reply:
May 9th, 2010 at 1:51 am
@tcy_00, Boleh copy paste tapi dengan syarat pastikan letak link blog ini di setiap artikel yg diambil..iaitu rujukannya \(O)
syukran2,baiklah.. (@)