Memartabatkan Tulisan Jawi

Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

UKM melalui Fakulti Teknologi Sains & Maklumat telah memperkenalkan satu produk bermutu iaitu TERUJA atau singkatannya Transliteration Engine for Rumi to Jawi. Produk ini telah mendapat pingat Emas di Pameran Inovasi dan Teknologi (ITEX’09) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 15-17 Mei 2009 yang lalu. Dengan menggunakan web sebagai platform menjadikan produk ini senang diakses oleh setiap orang. Anda hanya memerlukan sambungan internet untuk membukanya. Produk ini berupaya untuk menterjemahkan setiap tulisan rumi kepada tulisan jawi. Ia juga berupaya menterjemahkan web anda ke dalam bahasa jawi dengan hanya memasukkan alamat web anda. Hebat bukan? Anda boleh terus ke http://www.ftsm.ukm.my/jawi/ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menggunkan produk ini. Anda pasti teruja!

Terjemah Rumi ke Jawi

Terjemah Rumi ke Jawi

Produk ini telah mendapat pingat Emas di Pameran Inovasi dan Teknologi (ITEX’09) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 15-17 Mei 2009 yang lalu






Masukkan Email Anda Untuk Menerima Update Terkini Setiap Hari:

Delivered by FeedBurner


Artikel Yang Berkaitan:


Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk – http://www.facebook.com/meezwan
2. My Twitter – http://twitter.com/meezwan
3. Fan Page Kelab Reseller – http://www.facebook.com/KelabReseller

Tawaran Hebat!
Video Tutorial OpenCart

This day in history...


Powered By RezqiDotCom

Filed Under: Santai

Tags:

RSSKomen (5)

Tinggalkan Balasan | Trackback URL

  1. Bagus sangat usaha untuk memartabatkan tulisan jawi ni. Tapi masih banyak lagi negeri yang tidak ambil inisiatif sebagai mana Kedah, Kelantan, Terengganu lakukan.

    Current score: 1
  2. MEezwan says:

    Ya betul.Harap2 anak2 di masa hadapan masih boleh mengenali tulisan Jawi ni. Ia satu yang unik.

    Current score: 1
  3. JHafiz says:

    mm… satu usaha yg wajar dipuji. boleh la pakat pkai n sebar kan [asal ni

    Current score: 0
  4. nasr says:

    mintak copy artikel nih. harap bleh yek

    Current score: 0

    MEezwan Reply:

    boleh..tapi letakkan sumber asalnya

    Current score: 0

Tinggalkan Pesanan




Jika anda ingin memaparkan gambar anda bersama dengan komen, sila dapatkan Gravatar.

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

wp