Panas!!Operasi rahsia selama lima tahun terbongkar!
By MEezwan on Jan 14, 2010 with Comments 10
KEPALA BATAS – Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda haram. Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan. Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.
Ideris Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula yang sudah bertukar menjadi hitam tetapi masih digunakan di kilang membuat bebola ikan di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam
berada di bahagian stor bahan mentah kilang dengan periuk merebus bebola ikan berada di bawah dalam serbuan di Kepala Batas
Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.
Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya. “Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk memang nyata salah. “Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan,” jelas Ideris.
Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain. Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor. Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku. Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian. Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B semalam.Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari.
AWAS : JANGAN MAKAN LAGI FISHBAL, NUGGET KALAU ANDA TAK KENAL /TAHU SIAPA PEMBUATNYA TERUTAMA DI PASAR MALAM.
Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk
2. My Twitter
Wajib Tengok!
1. Dengan RM10 Dapat Pulangan 20 Kali Ganda
2. Blog Contest: Menangi 2 Buah Laptop Acer Aspire One!
3. Kamus Istilah IM-BM Percuma & Dapat RM 0.30 Setiap Download
Filed Under: Isu Semasa
You might also like
| 5 Cara Cari Produk Baru Untuk Dijual di Internet Ramai pengguna di luar sana yang ingin menceburi bidang perniagaan internet tetapi tidak tahu bagaimana... | [TERHAD!] Hosting dan Domain Percuma Untuk Anda! Baru-baru ini saya memenangi sebuah contest di mana hadiahnya adalah berupa diskaun kepada sebuah hosting... | Salam Maal Hijrah 1431 RezqiDotCom mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431. Semoga tahun ini lebih bererti dari tahun-tahun... | Majukan Perniagaan Anda? Ini Rahsianya! Anda pasti bersetuju jika saya katakan yang memulakan, membina dan meneruskan operasi perniagaan adalah... |
Komen (10)
Tinggalkan Balasan | Trackback URL











































pergh..mmg kena ban fishball pasni.tobat x makan dah huhu..
[Reply]
MEezwan Reply:
January 14th, 2010 at 5:16 pm
tu la kita pun tak pasti fishball mana yang betul2 halal.
[Reply]
grrr… taknak makan dah ! apa motif tah dorang ni buat makanan asyik2 campur babi. grrr..
edaolala´s last blog ..Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran http://www.azizwan.com
[Reply]
MEezwan Reply:
January 14th, 2010 at 5:18 pm
nak bagi hati umat Islam kotor..isu babi ni tak pernah selesai kan? inilah kalau semua industri makanan bukan umat Islam yang kuasai. :-(
[Reply]
meezham Reply:
January 16th, 2010 at 5:25 am
motifnye hanya untuk menyesatkan umat islam dan menyamakan taraf umat islam dengan mereka… :-)
[Reply]
sentiasa berhati2 ketika membeli barangan ini.. harap x terkena.. semoga Allah lindungi
[Reply]
MEezwan Reply:
January 14th, 2010 at 5:18 pm
Ya semoga Allah lindungi kita semua dari anasir-anasir jahat..
[Reply]
sangat menggelikan..patut la susah sangat nak hafal ayat Quran..salu makan benda2 syubhat kot..huhuu
[Reply]
Memang satu agenda untuk mempermainkan umat islam ni. Beli la dkt pengusaha muslim di lain kali. Kena tanya juga penjaja yang jual dkt pasar malam tu, dapat darimana fishball & fish cake mrk.
[Reply]
MEezwan Reply:
March 17th, 2010 at 1:00 pm
Isu ni tak pernah habis..maybe banyak lagi kat luar sana yang masih beroperasi
[Reply]