Pemilihan Hosting
By MEezwan on Aug 27, 2009 with Comments 1
Pelbagai kajian dah dibuat dalam membuat website sendiri ini terutamanya dari segi pemilihan domain dan webhosting. Untuk pengetahuan pembaca, saya memilih untuk menggunakan webhosting berbayar kerana ia lagi mudah dan efisyen untuk jangka masa panjang dan banyak lagi rancangan-rancangan saya yang lain dalam menggunakan webhosting berbayar ini.
Berikut saya ingin kongsikan kepada pembaca-pembaca tips dalam pemilihan webhosting:
1) Sistem Operasi
Secara umumnya terdapat dua sistem yang ditawarkan iaitu Linux/Unix dan Windows. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing bergantung kepada website yang anda ingin bangunkan. Bagi saya, saya lebih suka memilih server Linux kerana ia lebih stabil dalam menangani server dan harganya lebih murah. Linux juga menyokong modul PHP dan MySQL yang diperlukan oleh WordPress dan CMS yang lain seperti PhpNuke,PhpBB,drupal,joomla dan sebagainya.
2) Harga
Pilihlah harga hosting yang masuk akal. Selidiki dahulu pakej-pakej yang disediakan.Adakah ia berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Pilih dari harga yang murah dahulu. Jangan terpengaruh dengan tawaran-tawaran hosting yang berkapasiti tinggi namun anda tidak memakainya secara maksimum kerana pengunjung website/blog anda masih sedikit. Jika pengunjung anda sudah bertambah dan anda memerlukan penambahan kapasiti, ia boleh dilakukan dengan upgradenya di kemudian hari.
3) Kapasiti
Seeloknya pilihlah kapasiti yang melebihi 10MB. Tidak kurang dari itu. Ia juga boleh ditambah dikemudian hari jika betul-betul memerlukan. Namun pakej hosting sekarang sudah menawarkan kapasiti melebihi 1500MB pada harga yang murah.
4) Bandwith
Sebagai permulaan pilihlah bandwith minimum 1GB. WordPress merupakan CMS blog yang banyak memakan bandwith jika anda menggunakannya.Untuk pengunjung antara 400-500 sehari lebih baik menggunakan minimum 5GB. Sesuaikan dengan pengunjung anda.
5) Lokasi Server
Jika anda dari Malaysia dan mengharapkan pengunjung dari Malaysia seeloknya sewalah hosting di server Malaysia. Keuntungan menggunakan server dalam negara adalah ia lebih cepat diindeks dalam enjin carian di Malaysia selain menyokong Barang tempatan. internet-webhosting merupakan webhosting dari Malaysia yang mempunyai data centre di Texas,Cyberjaya dan juga AIMS.Ia berpengkalan di Subang Jaya.
6) Autoinstaller
Jika anda berminat dengan WordPress, drupal, phpnuke, joomla!,PhpBB (Forum), maka seeloknya anda memilih hosting yang menyediakan script autoinstaller iaitu Fantastico Deluxe secripts. Biasanya ia menawarkan lebih daripada 50 jenis script dan dengan hanya 3 klik anda sudah boleh memasangnya. Script ini bersama dengan Cpanel di dalam pakej server Linux.
7) Sokongan lain
Lebih bagus jika hosting anda dapat menampung multiple domain kerana anda boleh menambah domain yang lain pada hosting yang sama. Tidak perlu bersusah payah untuk membeli hosting lain. Ini penting jika anda ingin membina perniagaan melalui internet.
8 ) Kredibiliti
Pilihlan hosting yang menawarkan bantuan teknikal 24X7. Ia amat penting jika anda menghadapi masalah pada saat yang genting. Untuk pengetahuan anda saya menggunakan internet-webhosting sebagai webhosting dan ternyata bantuan yang diberikan sangat memuaskan dan dalam masa yang singkat.
Itulah serba sedikit tips yang ingin saya kongsikan tentang pemilihan webhosting. Jangan mudah terpesona oleh harga yang murah,teknologi yang canggih, diskaun dan tawaran-tawaran yang menarik. Seeloknya berbincang sesama blogger tentang webhosting yang anda ingin sewa. Cara paling mudah adalah melalui forum online di Internet. Mana tahu hosting yang dahulunya bagus kemungkinan sudah tidak bagus kerana prestasi dan layanan yang kurang memuaskan.
P/S: Jika ada penambahan bolehlah letakkan di bahagian komen. Terima kasih
MEezwan
Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk – http://www.facebook.com/meezwan
2. My Twitter – http://twitter.com/meezwan
3. Fan Page Kelab Reseller – http://www.facebook.com/KelabReseller
Tawaran Hebat!
Video Tutorial OpenCart
This day in history...
Powered By RezqiDotCom
Filed Under: Internet & Teknologi
Komen (1)
Tinggalkan Balasan | Trackback URL



















tips menarik!baru terbaca..haha