[Review] Kelab Malaysia – Komuniti Terhangat di Malaysia

Alamat web: http://www.kelabmalaysia.com

Pertama sekali apabila melihat Forum Kelab Malaysia ini , terdetik di hati saya sudah berapa lama usia Kelab Malaysia ini? Apabila mengetahui Kelab Malaysia ini baru berusia setahun jagung timbul rasa kagum kerana dengan usia yang semuda ini forum ini sudah berjaya mengumpul ahlinya yang agak ramai meliputi seluruh Malaysia.

Persoalan itu sebenarnya timbul selepas saya sendiri mendaftar sebagai ahli Kelab Malaysia ini. Sesuai dengan namanya, sememangnya Komuniti ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berada di Malaysia tidak kira statusnya dari golongan apa. Saya tertarik dengan rekaan grafik forum ini, warnanya yang menarik dan ahli-ahli kelab yang mesra dengan sesiapa sahaja.

Forum ini terbina dengan ciri-ciri yang agak menarik. Itu tidak hairan kerana Kelab Malaysia menggunakan Sistem VBulletin iaitu sistem komuniti yang sememangnya menjadi pilihan kepada penggiat-penggiat forum di Malaysia. Ini menampakkan yang Kelab Malaysia bersungguh-sungguh untuk menjadikan kelab ini sebagai satu komuniti yang professional dan menjadikan Kelab Malaysia mempunyai kelasnya yang tersendiri.

Apa yang menariknya, Kelab Malaysia menawarkan pengiklanan percuma untuk ahlinya. Bukan itu sahaja ahli Kelab Malaysia juga boleh mempromosikan laman web,blog,servis,produk dan apa sahaja secara percuma. Dengan perkhidmatan yang sebegini, saya pasti ramai lagi yang akan tertarik dengan Kelab Malaysia ini.

Di Kelab Malaysia ini juga anda boleh membincangkan pelbagai topik yang menarik merangkumi segala aspek. Antaranya berkenaan dengan bisnes, kerjaya, agama, pendidikan, hiburan, malah anda boleh berbual apa sahaja topik di ruangan Kedai Kopi sesuai dengan namanya. Selain itu anda juga boleh mencipta group anda sendiri di mana anda boleh mengumpulkan peminat-peminat anda melalui group ini.

Terdapat satu ciri yang menarik di mana and boleh menetapkan mood anda pada bila-bila masa. Jika anda gembira maka anda boleh menetapkan mood ‘happy’. Jika anda sedang berfikir, maka anda boleh menetap mood ‘Thinking’ dan bila anda letih anda boleh menetapkan mood ‘Tired’ bergantung kepada mood anda hari ini. Jadi apa mood anda hari ini? :) . Jika anda suka dengan artikel-artikel yang dikirimkan oleh ahli Kelab Malaysia, anda boleh berterima kasih kepada mereka dengan menekan butang ‘Thanks’. Tentu rakan anda akan gembira apabila mendapat tanda terima kasih daripada anda. Pada halaman utama pula disediakan ruangan sembang untuk ahli-ahli Kelab Malaysia bertegur sapa dan bertanya khabar antara satu sama lain.

Namun begitu, dalam usia yang agak muda ini pasti ada cabarannya. Masalah-masalah teknikal perlu dibaiki. Forum juga harus diselenggara dengan betul oleh pihak admin dan moderator kerana penyelenggaraan forum adalah begitu penting bagi memastikan perjalanan forum berjalan dengan lebih lancar. Ahli-ahli Kelab Malaysia juga perlu aktif bagi meningkatkan populariti forum ini.Namun begitu itu semua bukanlah satu halangan bagi pihak Kelab Malaysia untuk menjadikan kelab ini sebagai satu komuniti yang terhangat di Malaysia. Saya yakin satu hari nanti Kelab Malaysia boleh pergi dengan lebih jauh.

Jika anda inginkan sesuatu yang baru, maka Kelab Malaysia adalah tempatnya.. \(*O*)/ 8)






Masukkan Email Anda Untuk Menerima Update Terkini Setiap Hari:

Delivered by FeedBurner


Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk
2. My Twitter

Wajib Tengok!
1. Dengan RM10 Dapat Pulangan 20 Kali Ganda
2. Blog Contest: Menangi 2 Buah Laptop Acer Aspire One!
3. Kamus Istilah IM-BM Percuma & Dapat RM 0.30 Setiap Download

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Blogosphere News
  • Faves
  • MisterWong
  • MySpace
  • Netvouz
  • PDF
  • Ping.fm
  • Propeller
  • Simpy
  • Slashdot
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

Filed Under: Forum KomunitiReview

Tags:

You might also like

Jom Join Kempen Ni.. :) Apa kata tengah korang duk surf internet tu..cuba support kempen ni..dapat juga sen.. 1. Campaign:...
WangCyber – Komuniti Usahawan Internet Malaysia Review wangcyber.com Sempena Ulangtahun ke-4 wangcyber! Wangcyber merupakan satu web komuniti yang sangat...
5 Cara Unik Untuk Promosi Laman Web Anda Berikut Merupakan 5 Cara Unik Untuk Promosi Laman Web Anda: 1. Beri Testimoni Apabila anda membeli...
Geng Blogger Telah DiReview!! Salam Dan Selamat Sejahtera buat pengunjung blog ini. Kepada yang baru menjejaki blog ini selamat datang...

RSSKomen (15)

Tinggalkan Balasan | Trackback URL

  1. Matz says:

    Thanks banyak2 MEezwan coz sudi review KM. Saya amat menghargainya.

    Current score: 1

    [Reply]

  2. Miyu says:

    Terima kasih atas review yang bagus ni.. Teruskan ceria dan setia serta menyokong KM! Yeah, KM rocks! :8

    Current score: 1

    [Reply]

  3. MEezwan says:

    Sama-sama :ciao:

    Current score: 0

    [Reply]

  4. blogger_boy says:

    Detail betol dia karang..uhuhu

    Current score: 1

    [Reply]

  5. MEezwan says:

    Tak detail sangat lagi tuh..karang tengah bosan2.. :)

    Current score: 1

    [Reply]

  6. jimie says:

    nice review bro….trus support kelabmalaysia yea….jom reramai yg tua yg muda…x kire jantina agama dan kaun…untuk memeriahkan kelab malaysia ni….kelab malaysia adalah kelab kita bersama…

    salam 1 Malaysia ;)

    Current score: 1

    [Reply]

  7. MEezwan says:

    Thanks jimie.Salam 1 Malaysia :ciao:

    Current score: 0

    [Reply]

  8. Assalaamu’alaikum

    Alhamdulillah, info yang menarik.. review yang mengesankan walau secara ringkas, namun padat maklumatnya. tetapi sayangnya, tidak dapat link ke sana.. mahu juga joint ni… kenapa ya…SALAM MESRA DARI BANGI.

    Current score: 1

    [Reply]

  9. Oppss… terlupa pula.. TAHNIAH kepada saudara Miezwan atas reka bentuk laman yang baru dan menarik… ahh… senang dan seronok melihat warna putih, suci dan nyaman mata serta hati menatapnya… Teruskan kejayaan dalam bidang kerjaya anda dan selalu mendoakan kehidupan yang baik untuk kejayaan dunia dan akhirat. salam mesra selalu.

    Current score: 1

    [Reply]

  10. MEezwan says:

    Terima kasih bunda..boleh panggil bunda?sebb tengok ramai yang panggil bunda..salam mesra n salam EidulAdha

    Current score: 0

    [Reply]

  11. Assalaamu’alaikum

    Nak panggil bunda ya ! Silakan… panggillah mengikut kesukaan dan menyenangkan hati. Mudahan ia memberi kebaikan dan memudahkan silaturahmi. Salam mesra dari bunda di Bangi.

    Current score: 1

    [Reply]

  12. Mr. Cuz says:

    review yg detail bro..kelas gitu..huhu harap2 pn forum terus maju di masa2 hadapan..hehe

    Current score: 0

    [Reply]

  13. MEezwan says:

    ye moga terus maju..baru sebulan usianya.. :[

    Current score: 0

    [Reply]

  14. Bro,nape xleh masuk KM?
    Shaiful Azhan´s last blog ..Pengumuman Berehat My ComLuv Profile

    Current score: 0

    [Reply]

    MEezwan Reply:

    Entahla..dgr kata dah tukar ke gempak.org

    Current score: 0

    [Reply]

Tinggalkan Pesanan




Jika anda ingin memaparkan gambar anda bersama dengan komen, sila dapatkan Gravatar.

CommentLuv Enabled
:) (@) (^) (o) (P) (p) :-S :S :-s :s ;-( (C) (c) (&) :-$ :$ (E) (e) (~) (K) (k) :-X :X :-x :x (I) (i) :[ (l) :D :-O \(O)

wordpress seo