RoboForm-Login Secara Automatik
By MEezwan on Dec 04, 2009 with Comments 5
Adakah anda mempunyai banyak akaun dalam satu masa? Bukan akaun bank ye yang saya maksudkan
tetapi login akaun untuk akses ke mana-mana laman web. Anda mungkin menjadi ahli kepada banyak forum di Malaysia, Social Network, Web directory, blog, anime website dan sebagainya.
Pernah tak anda terlupa username dan password anda? Saya yakin pasti yang akan menjawab YA! Saya sendiri pun pernah terlupa. Berapa banyak username daa saya ada?
Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda satu perisian yang agak menarik di mana perisian ini mampu untuk menyimpan dan mengingati username dan password kita. Persian tersebut dinamakan sebagai RoboForm. RoboForm merupakan pilihan editor untuk “PC Magazine” dan diiktiraf sebagai perisian sepanjang tahun oleh CNET Download.com.
Antara kelebihan RoboForm ini ialah:
1. Menguruskan password anda dan login secara automatik
2. Mengisi borang pendaftaran yang agak panjang dengan hanya satu klik
3. Encrypt password anda untuk keselamatan penuh
4. Jana password secara rawak
5. Backup dan syncronize password antara PC
6. Menentang ‘phishing’ dan ‘keylogger’
7. Dan banyak lagi..
Anda tidak perlu lagi mencatit password anda pada kertas dan menyimpan password anda di dalam telefon bimbit. Anda hanya perlu menggunakan RoboForm. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang RoboFrom, anda bolehlah melawati laman webnya di http://www.roboform.com. Di dalamnya ada disediakan tutorial, video, review dan sebagainya mengenai RoboForm. Selamat mencuba!
Perisian: RoboForm
Website : http://www.roboform.com/
Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk – http://www.facebook.com/meezwan
2. My Twitter – http://twitter.com/meezwan
3. Fan Page Kelab Reseller – http://www.facebook.com/KelabReseller
Tawaran Hebat!
Video Tutorial OpenCart
This day in history...
Powered By RezqiDotCom
Filed Under: Aplikasi • Luar Negara • Muaturun • Software Percuma
Komen (5)
Tinggalkan Balasan | Trackback URL




















AJ dah tau roboform ini dah lama dah. Sejak dari 2008 lagi cuma AJ lebih suka buat/login secara manual coz sebab benda automatik camni lama kelamaan biasa guna tup2x nak login kat tempat lain/cyber cafe leh terlupa password/username.
Itu ja r y sebab AJ lebih suka cara manual.
Selebinya kalau nak guna roboform ini benefit bila nak buat duit dengan Survey. coz survey melibatkan kena isi borang banyak-banyak kali. Roboform ini mampu menjimatkan masa yang optimum.
Buat duit dengan survey pun AJ x buat lagi. Lum ada kesempatan tuk study benda ini.
MEezwan Reply:
December 9th, 2009 at 3:26 pm
kalau akaun yang penting2 rasanya tak payah kot guna roboform kan? macam maybank..xkan nak pakai roboform..hehe. tp kalau macam AJ cakap tu,bila nak kena isi register form panjang2 baru sedap guna benda ni.. survey tak pernah buat lagi..betul2 dapat buat duit ke?
Aminjohar Reply:
December 9th, 2009 at 4:18 pm
AJ x wat lagi tuk buat duit ngan survey. Thun pas ada ebook buat duit ngan survey tu. dari situ r AJ kenal roboform. Cuma AJ x buat coz time itu buzy kerja tolong paksu.
E-book tu pun dah xda tak sempat ambil dari kawan.. Kalau tak leh r free2x nak try..
Apa2x pun AJ lani fokus kat program berbentuk referral yang Join free. refer member tuk join then dapat r 20% jika dia buat kerja.. contoh adf.ly @ apa2x aja y berkaitan referral
Meezone dah adf.ly tak? Join should be referral tau. ada kelapangan leh r baca artikel AJ The Dead of Affiliate Program http://wawwi.com/blog/dead-of-affiliate-program.html
Dari sini Meezone leh r tau kenapa program affiliate yang berbentuk referral perlu kita join under orang lain/member @ dlm ebook domain hosting percuma AJ tu ada jelaskannya.
MEezwan Reply:
December 9th, 2009 at 4:43 pm
adf.ly takde lagi..apa tu yek..orang klik link kita dapat duit ke? AJ dah dapat berapa setakat ni?
saya dah baca artikel AJ..betul apa yang Aj cakap dalam artikel tuh..kdg2 saya pun ada buat mcm AJ cakap tu
Ia Link shortener kira lebih kurang cam 2. r.
Cuma bila orang klik link itu ia akan papar laman iklan tuk customer terlebih dahulu. dapat r sen2x utk tempoh tertentu.. Lebih kurang aja macam URLCash.net
Sebelum ini AJ x gunakan apa2x pun URLcash ker apa ker. sebab nilainya terlalu kecil2x sgt. Traffik banyak lama kelamaan akan banyak juga.
Boleh kata benda2x AJ dok uji2x lagi try error.
Meezone try r ya. AJ nak cakap pun x pandai bab buat duit ni. Besa benda2x ini diguna tuk tingkatkan profit tuk aktiviti buat duit dengan uplaod2x file.