Saya Mahu Hadiah PTS: Baca dan Menang!
By MEezwan on Nov 26, 2009 with Comments 0
Saya Mahu Hadiah PTS: Baca dan Menang!
Saya ada satu berita baik untuk penggemar-penggemar buku semua. Terima kasih kepada bluedianthus kerana info ini juga saya perolehi daripada beliau. Anda kenal dengan PTS? PTS adalah sebuah syarikat penerbitan yang namanya semakin hari semakin dikenali. PTS banyak mengeluarkan buku-buku dan novel-novel yang bermanfaat untuk tatapan rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura. PTS banyak menerbitkan buku-buku yang bercorak kanak-kanak, remaja, novel dewasa, bisnes & pengurusan, pendidikan, agama dan sebagainya
Kini PTS sedang mengadakan peraduan Sempena kempen Membaca Musim Cuti Sekolah bermula dari 21 Nov 2009 sehingga 3 Januari 2010. Anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM 25 untuk melayakkan diri dalam peraduan ini. Untuk mengetahui syarat-syaratnya anda boleh pergi ke sini http://pts.com.my/index.php/peraduan/syarat/
Tetapi yang menariknya, Jika anda mempunyai blog atau website, PTS akan memberikan kepada anda satu buka percuma terbitan PTS dengan syarat anda meletakkan code banner pada blog atau website anda. Buku percuma tersebut pula tidak melebihi RM25. SIAPA YANG TAK NAK BENDA PERCUMA..BETUL TAK?
So apa yang perlu anda buat cuma letakkan banner pada mana-mana bahagian di blog anda sehingga 3 Januari sahaja dan pihak PTS akan menghantar buku percuma yang anda pilih pada awal Januari nanti.Cepat bertindak kerana tawaran untuk buku percuma ini akan tamat pada 1 Disember 2009. Ada 4 hari lagi selepas artikel ini ditulis. Klik pada Banner di bawah:

Dapatkan Buku Percuma Di Sini!
p/s: Saya sudah pun mendapat email dari pihak marketing PTS
Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk – http://www.facebook.com/meezwan
2. My Twitter – http://twitter.com/meezwan
3. Fan Page Kelab Reseller – http://www.facebook.com/KelabReseller
Tawaran Hebat!
Video Tutorial OpenCart
This day in history...
Powered By RezqiDotCom
Filed Under: Pengumuman


















