Selamat Hari Raya Qurban!
By MEezwan on Nov 26, 2009 with Comments 4

10 Zulhijjah 1430H ini semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban iaitu hari untuk memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Namun begitu sejauh manakah pengorbanan ini dirasai oleh umat Islam sekarang? Jika ditanya kepada semua orang sanggup atau tidak untuk berkorban? Maka ada segelintir yang akan memberitahu bahawa “Aku sanggup berkorban!”. Namun ucapan itu adakah sekadar ucapan semata-mata atau lahir dari hati yang ikhlas.
Mari kita perhatikan disebalik kisah Nabi Ibrahim dan Anaknya Nabi Ismail. Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail. Menyedari ia adalah satu perintah lalu baginda memberitahu kepada anaknya Nabi Ismail bahawa baginda telah diperintahkan untuk menyembelih Nabi Ismail. Dengan hati yang rela Nabi Ismail menyuruh ayahnya menuruti perintah Allah itu. Namun Allah bukanlah zalim, DIA telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas untuk dikorbankan. Jika dilihat perintah ini tersangatlah berat namun atas taqwa Nabi Ibrahim ia laksanakan juga.Begitu juga dengan Nabi Ismail.
Perkataan Qurban sebenarnya berasal dari perkataan Qarib di mana apabila diterjemahkan ke dalam bahasa melayu Qarib bermaksud dekat. Qurban diperintahkan kepada semua umat Islam bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Darah dan daging haiwan peliharaan yang kita qurbankan tidak pun sampai kepada Allah. Yang sampai hanyalah ketaqwaan kita
Mari kita lihat umat Islam sekarang.Adakah umat Islam sekarang ikut semua perintah Allah yang telah ditetapkan walaupun perintah itu sekecil-kecil perintah? Bagaimana dengan perintah solat,puasa,zakat dan sebagainya. Adakah manusia semua ikut? Adakah itu sahaja perintah yang Allah suruh manusia laksanakan? Sudah pasti banyak lagi perintah Allah seperti yang termaktub di dalam Al Quran..Persoalan itu hanya anda yang boleh menjawabnya..Marilah sama-sama kita fikirkan dan jadikan peristiwa Nabi Ibrahim dan Anaknya Nabi Ismail sebagai pelajaran dan pengajaran, bukan sekadar cerita-cerita sahaja.
Untuk Pembaca RezqiDotCom saya mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Raya Qurban!” Berhati-hati di jalan raya!
Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk – http://www.facebook.com/meezwan
2. My Twitter – http://twitter.com/meezwan
3. Fan Page Kelab Reseller – http://www.facebook.com/KelabReseller
Tawaran Hebat!
Video Tutorial OpenCart
This day in history...
Powered By RezqiDotCom
Filed Under: Pengumuman
Komen (4)
Tinggalkan Balasan | Trackback URL


















selamat hari raya qurban… tertarik ngan dropdown page ni… pertanyaan: site ape yg bagus untuk blaja html?
Selamat hari raya Qurban. kalau nak blaja html site yang bagus http://www.w3school.com
hmmm tu la… thanks for tips… dh jumpe budak it sorg… suruh die aja je la hhehehe… slamat harir raya qurban anyway… jemput ke booth shameline @ kl sure heboh this coming weekend…
selamat menyambut tahun baru muharam 1431 dan bakal januari 2010! moga rezqi terus mantop.