Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!

Pantas sungguh masa berlalu..Sedar tak sedar dah bertambah lagi umur. Usia semakin menginjak naik. Terasa diri dah semakin tua..

Salam Bahagia kepada pembaca budiman blog ini. Diharapkan anda semakin sihat dan rezeki anda bertambah murah ;-) .

Rupa-rupanya kita sudah pun memasuki tahun baru. Cepat sungguh masa berlalu kan? Rasa-rasanya baru saja masuk 2009 dah nak masuk 2010. Bagaimana dengan tahun 2009 anda? Lebih banyak suka atau duka? Saya harap lebih banyak suka daripada duka. Kalau sebaliknya anggaplah ia cabaran dan dugaan untuk anda tempuhi tahun baru ini dengan azam dan tekad baru!

Tahun 2009 merupakan tahun bermakna bagi RezqiDotCom, kerana pada tahun 2009 lah RezqiDotCom dilancarkan iaitu pada penghujung bulan Ogos, 27 hb bersamaan dengan 7 Ramadhan 1430H. Ini bermakna sudah hampir 4 bulan RezqiDotCom berada di persada internet. Dalam usia yang sebegini muda, Alhamdulillah RezqiDotCom berjaya menawan hati anda untuk terus membaca.. (H)

RezqiDotcom dilancarkan disebabkan minat yang mendalam bidang Internet Marketer dan ingin meluaskan jaringan di internet dalam masa yang sama mengharapkan ada rezeki yang akan diperolehi melalui blog ini sama ada kepada diri saya atau diri anda. Sebab itulah ia dinamakan rezqi.com. RezqiDotCom berjanji akan sentiasa memberikan informasi-informasi yang berguna setiap masa untuk kemudahan dan kesenangan anda. Konsep “Hidup untuk Memberi” akan sentiasa menjadi prinsip bagi RezqiDotCom bak kata pepatah “Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima”.

Untuk makluman anda RezqiDotCom telah berjaya meletakkan ranking Alexa di bawah satu juta (sehingga kini 852,103) dan mendapat rank 2 untuk Google Page Rank dalam masa 4 bulan ini. Saya juga terkejut dan dalam masa yang sama gembira dengan perkembangan ini. Semoga Tahun 2010 RezqiDotCom akan terus berkembang dan meluaskan sayapnya.

InsyaAllah pada tahun ini, RezqiDotCom akan membuat penambahbaikan supaya RezqiDotCom akan sentiasa menjadi tempat persinggahan dan sumber maklumat anda. Itu azam RezqiDotCom. Jikalau anda ingin menerima post-post terbaru dari RezqiDotCom terus ke email anda silalah berlanggan dengan kami melalui feedburner.

Dengan itu, saya ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!” kepada anda. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Sama-sama kita tingkatkan diri kita dalam mencapai apa yang kita inginkan. Selamat Tahun Baru 2010!

P/S:Jangan lupa berlanggan dengan RezqiDotCom untuk dapat update terbaru terus ke email anda!






Masukkan Email Anda Untuk Menerima Update Terkini Setiap Hari:

Delivered by FeedBurner


Artikel Yang Berkaitan:


Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk – http://www.facebook.com/meezwan
2. My Twitter – http://twitter.com/meezwan
3. Fan Page Kelab Reseller – http://www.facebook.com/KelabReseller

Tawaran Hebat!
Video Tutorial OpenCart

This day in history...


Powered By RezqiDotCom

Filed Under: Pengumuman

Tags:

RSSKomen (2)

Tinggalkan Balasan | Trackback URL

  1. ekin215 says:

    Tahniah RezqiDotCom..
    semoga terus unggul di persada internet..

    Current score: 0
  2. MEezwan says:

    Selamat Menyambut Tahun Baru ekin215.. :-P

    Current score: 0

Tinggalkan Pesanan




Jika anda ingin memaparkan gambar anda bersama dengan komen, sila dapatkan Gravatar.

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

SEO Powered By SEOPressor

wp