Teknik Penjanaan Trafik Melalui Forum
By MEezwan on May 23, 2010 with Comments 4
Anda sudah pun memiliki sebuah laman web. Ia juga telah diindex oleh enjin carian yang utama, tetapi nampaknya jumlah pengunjung ke laman web anda masih tidak memuaskan. Jika anda fikir laman web anda boleh berfungsi dengan baik tanpa sebarang usaha dari pihak anda, anda sudah silap. Membina laman web hanyalah sebahagian dari kerja yang sebenar. Apa yang perlu anda lakukan selepas itu ialah bekerja keras untuk memastikan kewujudannya disedari oleh seramai mungkin pengguna internet.
Terdapat banyak cara untuk mengiklankan laman web anda. Anda boleh menggunakan PPC (pay per click) seperti Google’s Adwords, anda boleh bertukar-tukar link dengan laman web lain yang beroperasi dalam niche yang sama dengan anda atau pun anda boleh membuat posting sebanyak mungkin di forum-forum yang berkaitan.
Forum adalah alat yang berharga berdasarkan beberapa sebab yang penting. Pertama, forum merupakan satu laman yang mempunyai jumlah trafik yang cukup tinggi berbanding dengan laman web biasa. Kedua, ia merupakan satu tempat yang sesuai untuk seseorang itu menghebahkan tentang penghasilan sesuatu produk atau laman webnya.
Untuk memastikan anda menerima pelanggan yang berharga, cari forum yang berasaskan niche yang sama dengan niche anda. Jika anda menjual peralatan memancing, sebagai contoh, anda patut cari forum yang membincangkan hal-hal memancing. Setelah berjumpa dengan forum yang berkaitan, daftarkan diri anda sebagai ahli forum tersebut dan mulalah menyertai perbincangan di dalamnya. Kemudian letakkan link ke laman web anda di bahagian signature profail anda. Ini akan membuatkan link ke laman web anda itu muncul setiap kali anda membuat posting di forum tersebut.
Sekarang, apa yang perlu anda ingat ialah jangan sesekali anda membuat ‘onar’ di forum-forum yang disertai dengan membuat spam di sana. Ia hanya akan menyebabkan anda mendapat reputasi negatif dan diban dari forum.
Jika anda ingin mengetahui rahsia forum marketing, anda boleh pergi ke laman web berikut: http://rezqi.com/rahsiaforum
Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk – http://www.facebook.com/meezwan
2. My Twitter – http://twitter.com/meezwan
3. Fan Page Kelab Reseller – http://www.facebook.com/KelabReseller
Tawaran Hebat!
Video Tutorial OpenCart
This day in history...
Powered By RezqiDotCom
Filed Under: Malaysia • Produk Dan Affiliate
Komen (4)
Tinggalkan Balasan | Trackback URL


















Teknik ini boleh jalan ke??
.-= Himmat´s last blog ..The Madness in Bangkok =-.
MEezwan Reply:
May 23rd, 2010 at 7:57 pm
@Himmat, Boleh, saya pun banyak dapat trafik melalui forum.
saya tak tau cara nak tingkatkan trafik….banyak cara saya dah buat tapi tak jalan…. :$
.-= muslim´s last blog ..BISNES PALING SIMPLE DALAM MALAYSIA TAPI INCOME POWER…!!!!! =-.
MEezwan Reply:
May 29th, 2010 at 10:15 pm
@muslim,
Banyak cara muslim, dalam blog ni pun saya ada sediakan tips2..dan forum salah satu caranya. \(O)