Tentang Saya
Nama Mohd Eezwan bin Ab Manaf. Gelaran dalam dunia internet adalah MEezwan. Anak ke-2 dari 4 orang adik beradik ini dilahirkan pada hari Isnin 8 ogos 1983 bersamaan dengan 28 Syawal 1430 hijrah tepat pada pukul 6:20 pagi. Beliau berasal dari Machang, Kelantan. Kini menetap di Damansara Damai, Petaling Jaya. Dalam usia yang agak muda beliau telah berjaya mengahwini seorang wanita untuk dijadikan permaisuri hatinya dan Alhamdulillah kini dikurniakan dengan seorang puteri
Mendapat pendidikan seawal umur 5 tahun di sebuah Taman asuhan kanak-kanak islam (TASKI) di Machang. Kemudian di Sekolah Rendah Kebangsaan Machang (1), Seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Wataniah. Selepas itu beliau meneruskan pelajarannya di Matrikulasi Institut Maxisegar Rawang,Selangor dan seterusnya Mendapat Ijazah Sarjanamuda Teknologi dan Sains Maklumat dalam bidang Komputer Industri di UKM.
Kini beliau menjawat jawatan dalam bidang IT di salah sebuah Institusi Perbankan Islam di Kuala Lumpur. Beliau mula menulis blog secara serius pada bulan Ogos 2009 dan dibuat secara sambilan. Mempercayai bahawa setiap perkara yang dilakukan wajib berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan juga percaya setiap rezeki itu datang dari Allah. Disebabkan dengan itu blog ini dinamakan sebagai RezqiDotCom dengan harapan ia boleh membawa rezeki kepada beliau dan kepada orang lain.
Walaupun penglibatan beliau dalam dunia internet marketing ini masih baru tetapi beliau percaya dan yakin dengan potensi diri berprinsipkan “Tiada yang Mustahil”.
Harapan beliau adalah untuk menjadi seorang IM sepenuh masa dan memperolehi pendapatan pasif darinya. Ameen.
InsyaAllah akan ditambah lagi..
























Trackback URL