Tentang Saya
Nama Mohd Eezwan bin Ab Manaf. Gelaran dalam dunia internet adalah MEezwan. Anak ke-2 dari 4 orang adik beradik ini dilahirkan pada hari Isnin 8 ogos 1983 bersamaan dengan 28 Syawal 1430 hijrah tepat pada pukul 6:20 pagi. Beliau berasal dari Machang, Kelantan. Kini menetap di Damansara Damai, Petaling Jaya. Dalam usia yang agak muda beliau telah berjaya mengahwini seorang wanita untuk dijadikan permaisuri hatinya dan Alhamdulillah kini dikurniakan dengan seorang puteri
Mendapat pendidikan seawal umur 5 tahun di sebuah Taman asuhan kanak-kanak islam (TASKI) di Machang. Kemudian di Sekolah Rendah Kebangsaan Machang (1), Seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Wataniah. Selepas itu beliau meneruskan pelajarannya di Matrikulasi Institut Maxisegar Rawang,Selangor dan seterusnya Mendapat Ijazah Sarjanamuda Teknologi dan Sains Maklumat dalam bidang Komputer Industri di UKM.
Kini beliau menjawat jawatan dalam bidang IT di salah sebuah Institusi Perbankan Islam di Kuala Lumpur. Beliau mula menulis blog secara serius pada bulan Ogos 2009 dan dibuat secara sambilan. Mempercayai bahawa setiap perkara yang dilakukan wajib berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan juga percaya setiap rezeki itu datang dari Allah. Disebabkan dengan itu blog ini dinamakan sebagai RezqiDotCom dengan harapan ia boleh membawa rezeki kepada beliau dan kepada orang lain.
Walaupun penglibatan beliau dalam dunia internet marketing ini masih baru tetapi beliau percaya dan yakin dengan potensi diri berprinsipkan “Tiada yang Mustahil”.
Harapan beliau adalah untuk menjadi seorang IM sepenuh masa dan memperolehi pendapatan pasif darinya. Ameen.
InsyaAllah akan ditambah lagi..


















Assalamualaikum….wbt.
Saya seoarang newbiz mengucapkan syukur
kerana ditemukan dgn sifu.Saya ucapkan t/kasih
atas tip2 yg diberikan semoga yg ESA membalasnya.
MEezwan Reply:
May 28th, 2010 at 1:17 am
@wan,
Waalaikumussalam w.b.t.
Saya bukanlah sifu kerana saya pun masih newbie..InsyaAllah ada ilmu kita kongsikan.. \(O)
SALAM,,,lawa button fb dan twiter..cmne buat ?
MEezwan Reply:
August 23rd, 2010 at 4:58 pm
@safwan, salam, button tu ikon yang saya cari di internet sahaja.. (@)
salam bro meezwan.. cantik la header Salam Aidilfitri tu. Boleh ajar ke mcmn nak buat :-).
MEezwan Reply:
September 15th, 2010 at 9:50 am
@kamarul,
senang sahaja, saya pakai font je kamarul, font atas sekali saya pakai font karabinE, yang bawah tu Hand of Sean..Nanti kamarul cari font tu di internet. Harap membantu
saya teringin jgk nak buat header template yg lain. saya dah design guna photoshop header saya, cuma nak upload ke blog tu saya tak berape pandai. saya guna blog wordpress. mcmn nak buat? hrp bro meezwan dpt tolong.
MEezwan Reply:
September 16th, 2010 at 9:39 am
@kamarul,
masuk domain hosting, pergi ke public_html. Kemudian cari wp-content. Klik pada themes. pilih theme yang kamarul pakai sekarang. Di dalam theme tu mesti ada folder images. Cari nama header kat situ. saya jumpa top.png. Rename design kamarul dengan top.png dan backup yang asal. upload header baru ke dalam folder images. Siap!
ok. terima kasih bro meezwan.. nanti saya akan cuba buat.
sume entri sdara nie hebat2la…smoga dpt d improve lg (@)
mantap member kawe nie loni (^_^)
MEezwan Reply:
September 19th, 2011 at 6:41 pm
@hisbul hadi,
hehe..biasa-biasa jah..demo lagi hebat (^)