WangCyber – Komuniti Usahawan Internet Malaysia
By MEezwan on Dec 09, 2009 with Comments 2
Review wangcyber.com Sempena Ulangtahun ke-4 wangcyber!
Wangcyber merupakan satu web komuniti yang sangat popular di kalangan Internet Marketer di Malaysia. Ia merupakan satu tempat perkongsian, perbahasan dan perbincangan ilmu bagi mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan internet yang sah dan tulen. Jika anda sudah lama menjadi seorang Internet Marketer atau anda baru berjinak-jinak di dalam bidang perniagaan internet maka wangcyber adalah untuk anda.
Wangcyber ditubuhkan pada Disember 2005 oleh saudara shuth. Dalam sedar atau tidak wangcyber sudah pun menjangkau 4 tahun dalam penglibatannya. Maka bulan ini genap 4 tahun WangCyber ditubuhkan. Selamat ulangtahun ke-4 diucapkan kepada wangcyber dari kami. Sehingga kini lebih 40 000 orang sudah mendaftar di bawah wangcyber. Satu angka yang sudah cukup untuk membuktikan bahawa wangcyber merupakan tempat rujukan bagi mereka yang ingin menjalankan perniagaan internet sebenar.
Berforum di wangcyber akan memberikan satu pengalaman yang berharga untuk mereka yang masih baru kerana semu warga wangcyber adalah sangat mesra dan selalu ingin menolong. Tanyalah apa sahaja yang berkaitan dengan blog, affiliate, PTC, Adsense, E-book, Servis, Pengiklanan, Grafik dan sebagainya, pasti soalan anda akan dijawab oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Tetapi awas! Jangan ambil kesempatan atas pertolongan yang mereka berikan. Cuba sedaya upaya untuk menerima dan memberi kritikan yang membina.
Walaupun menjadi ahli kepada web komuniti ini adalah percuma, tetapi anda juga boleh meningkatkan keahlian anda dengan mendaftar sebagai ahli premium dengan bayaran RM97 seumur hidup. Keahlian ini akan memberikan anda lebih lagi kelebihan berbanding dengan ahli biasa. Contohnya ruangan storan PM yang lebih besar, diskaun untuk produk keluaran Wangcyber, topik pengiklanan percuma dan sebagainya. Anda boleh melihatnya lebih lanjut di sini http://www.wangcyber.com/wcpremium/
Namun begitu wangcyber mungkin boleh menjadikan forum wangcyber lebih menarik dengan theme yang lebih segar dan baru bagi membolehkan warga-warga WC berada lebih lama di forum. Mungkin juga boleh ditambah dengan plugin-plugin atau skrip yang menarik bagi pembaca Wangcyber. Admin dan juga moderator juga perlu aktif bagi menangani pengguna-pengguna lama dan baru yang tidak faham dengan peraturan-peraturan forum.
Sebelum berakhir, WangCyber ibarat perpustakaan bagi internet martketer di luar sana. Gali sedalam-dalamnya ilmu yang berada di sini, keluarkan idea-idea yang bernas, kongsi pengalaman-pengalaman yang anda, berkawanlah dengan mereka yang ingin berkawan dengan anda. Mungkin peluang perniagaan anda berada di sini.
Akhir kata, Selamat Ulangtahun ke-4 wangcyber! Semoga terus berjaya dan kekal dalam arena! :sure:
Alamat web: http://www.wangcyber.com
Forum: http://www.wangcyber.com/forum
Jangan Lupa Add!
1. My Fesbuk
2. My Twitter
Wajib Tengok!
1. Dengan RM10 Dapat Pulangan 20 Kali Ganda
2. Blog Contest: Menangi 2 Buah Laptop Acer Aspire One!
3. Kamus Istilah IM-BM Percuma & Dapat RM 0.30 Setiap Download
Filed Under: Forum Komuniti • Review
You might also like
| PPL Terbaru & Terhebat Tahun 2010 Akan Dilancarkan! Untuk mereka yang tidak tahu, PPL bermaksud Pay Per Lead. Maksudnya dibayar untuk satu kepala. Hehe..... | Dapatkan 12 Ebook Percuma Dan Jana Pendapatan Melaluinya.. 29 Mac yang lalu, team usahawan cyber telah melancarkan projek PPL yang terbesar tahun 2010 dan saya... | [Review] Kelab Malaysia – Komuniti Terhangat di Malaysia Alamat web: http://www.kelabmalaysia.com Pertama sekali apabila melihat Forum Kelab Malaysia ini , terdetik... | Geng Blogger Telah DiReview!! Salam Dan Selamat Sejahtera buat pengunjung blog ini. Kepada yang baru menjejaki blog ini selamat datang... |
Komen (2)
Tinggalkan Balasan | Trackback URL










































bagus artikel reivew pasal WangCyber :-)
[Reply]
MEezwan Reply:
December 10th, 2009 at 4:35 pm
terima kasih :-D
[Reply]